DhiaLova

Toxic dalam relationship

Oleh  | 

PERNAH tak dalam relationship korang, partner korang tu mempunyai expectation yang tinggi terhadap korang? Partner korang expect constant attention daripada korang dan hanya mengharapkan effort korang je untuk maintain the relationship dan tak consider korang punya perasaan atau kesusahan langsung? Bila tengah bercinta ni, memang selalu confuse! So korang yang tengah confuse tu, meh sini sis kongsikan langkah-langkahnya.

Berhenti menafikan kebenaran

Korang kena snap out of it. Sis rasa dah cukup untuk korang menafikan keadaan yang sebenar. Kalau tak korang yang suffer berpanjangan. Korang boleh tanya diri sendiri dengan beberapa soalan ni untuk membantu korang daripada menafikan kebenaran yang sebenar.

  • Korang memang nak spend time dengan partner atau korang terpaksa spend time bersama?
  • Korang stay in the relationship sebab kesian ke?
  • Korang mencuba sebaik mungkin untuk lari dari berbincang untuk menyelesaikan masalah?

Kenali kelebihan dari relationship

Dalam semua jenis relationship, mesti ada kelebihan yang tersendiri. Cuba korang fikir, kenapa korang sanggup stay dalam relationship yang toxic tu? So korang kena justify apa kelebihan yang korang dapat daripada relationship ni dan kenalpasti perubahan benda tu. Lepas korang kenal pasti, cuba sedaya upaya untuk ubah perspective tersebut dari terikat dengan perks yang korang dapat tu. Ingat, that perks doesnt worth your value!

Isikan kekosongan pada diri

Step yang sebelum ni akan membuatkan korang sedar akan kekosongan pada diri korang tu. Haaa masa ni lah korang kena ambil keesempatan untuk menghargai diri sendiri. Buang segala expectations dan sehabis boleh, korang utamakan diri korang dulu. Bukan selfish ya, but self-love!

Dekatkan diri dengan kawan-kawan yang positif

Bila korang dikelilingi dengan banyak aura positiff, barulah korang akan rasa tenang dan mula sedar tentang kepentingan untuk menghargai diri sendiri. Jauhkan daripada orang yang suka memberi kritikan dekat situasi yang korang tengah go through. Remember, korang yang melalui keadaan ni dan bukan orang lain yang rasa!

Motivate diri sendiri dan create a reminder

On this part, korang kena tetapkan diri motivated dengan perkara-perkara yang positif dan sehabis boleh untuk elakkan daripada perkara-perkara yang negative. Kalau boleh, korang sering ingatkan diri kenapa korang perlu bebaskn diri daripada toxic relationship ni dan sering fikirkan achievement yang korang akan capai.

 

Sumber: Psychcentral

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my