DhiaLova

Macam mana nak ‘friendzone’ lelaki dengan cara baik?

Oleh  | 

SIS yakin  sebagai wanita, kita mesti pernah rasa disukai oleh someone yang menganggap kita sebagai crush mereka. Paling-paling pun mesti pernah rasa sekali seumur hidup kan? Namun, tidak semestinya kita akan mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki yang menyukai kita. Mungkin lelaki yang menyukai kita tidak mempunyai ciri-ciri idaman yang kita impikan.

Sebagai wanita, pasti kita akan rasa sukar untuk menolak lelaki yang menyukai kita. So cara yang terbaik adalah dengan mendiamkan diri. Tetapi, mendiamkan diri belum tentu boleh jadi solusi yang baik untuk masalah ini tau. Buatnya lelaki tu sejenis degil? Mesti dia akan kejar kita juga sampai kita menyukai mereka semula.

Nak friendzone pun ada caranya

Sesetengah lelaki yang sedang jatuh cinta cenderung untuk jadi agresif lebih-lebih lagi apabila orang yang mereka sukai tidak menyukai mereka semula. Jaga-jaga, zaman sekarang ni ramai orang psiko. Kadang-kadang rupa paras tak menjaminkan seseorang itu mempunyai akal yang sihat.

So, cara terbaik untuk ‘friendzone’ orang yang suka kepada kita adalah dengan berterus terang dengan mereka tentang perasaan kita. Tetapi nak berterus terang pun kena ada cara tau. Jangan ungkapkan secara kasar dan kurang ajar lebih-lebih lagi kepada lelaki. Sebaiknya susun ayat terbaik untuk menolak mereka supaya mereka pun boleh memahami kita.

Jangan sesekali menunjukkan sikap yang kurang ajar kepada mereka. Sebaliknya bertutur dengan baik dan ucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah menaruh hati kepada kita tetapi kita tidak boleh menerima cinta atas faktor-faktor tertentu. Berterus terang sahaja point kita tetapi jangan berkasar okay?

Jika tepat caranya menolak lelaki, sis yakin lelaki yang menyukai kita pun akan memahami dan tidak akan mengganggu kita. Sudah semestinya mereka akan kecewa apabila menerima penolakan tetapi lebih baik berterus terang daripada biar tergantung sepi kan? Nanti kita digelar orang yang suka beri harapan palsu pula. Eh macam nama lagu pula. Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my