DhiaLova

Macam mana nak hadap lelaki sejenis kaki ‘control’?

Oleh  | 

DEKAT Twitter baru-baru ini ada seorang pengguna muat naik perbualannya dengan kekasih yang memberikannya beberapa senarai yang tidak  disukai oleh sang kekasih. Tweet berkenaan kemudian mendapat perhatian warganet. Pelbagai reaksi diberikan, ada yang cakap lelaki itu sweet sebab ambil kisah tentang kekasihnya. Ada juga yang berpendapat lelaki tersebut kaki control.

via GIPHY

Benda ini sebenarnya terpulang juga kepada diri masing-masing. Ada yang tak ada masalah kalau pasangan jenis yang kaki control sebab dia rasa selamat. Tapi apa yang tak bestnya kalau kekasih korang over sangat sampai semua benda nak control dan tak puas hati. Siap tak bagi kekasih dia keluar makan dengan kawan perempuan. Aish.

Sebenarnya, mungkin ada beberapa sebab juga kenapa lelaki ni boleh jadi suka kawal. Hasil borak-borak dengan Anwar, Mok dan Ijal daripada The Laki, ini adalah sebab yang kitorang boleh fikir.

Pengalaman lalu

via GIPHY

Kita tak boleh menidakkan kepentingan masa lalu yang boleh membentuk bagaimana seseorang itu melihat dunia. Maybe lelaki kaki control ini mempunyai pengalaman yang menyakitkan dari kisah percintaan dengan yang dulu. Bila dah beri kebebasan, bekas kekasih dia tu pula duk bercinta dengan orang lain. Kecewalah si lelaki dan dia pun bertekadlah lebih tegas dengan kekasih yang baru.

BACA : ‘Take note!’ Ini cerita kenapa jangan ‘stay’ dengan lelaki baran dan kaki ‘control’

Insecure

via GIPHY

Bila kekasih korang lawa gila nak mampus dan ramai kawan. Lelaki pula jenis yang sendu-sendu. Mestilah dia rasa insecure kalau korang berubah hati. Sebab itu dia sibuk nak tahu semua benda. Korang lepak dengan siapa, makan apa, mesej dengan siapa. Banyaklah soalan yang dia tanya dekat korang, Silap haribulan mimpi apa waktu korang tidur pun dia nak tahu.

Kena jaga awak

via GIPHY

Ha ni pun banyak juga terjadi. Bagus sebenarnya lelaki ada mindset nak jaga kita ni. Tapi bila dia tiba-tiba terlalu nak menjaga sampai baju warna apa pun dia nak rasa tentukan, pishang juga sis! Biarlah berpada-pada jangan sampai kita ni rasa rimas.

Cemburu

via GIPHY

Memang ada sejenis lelaki yang kaki cumburu. Kalau korang happy tanpa dia pun boleh jadi isu. Sebab dia nak korang happy bila dengan dia sahaja. Memang ada juga sejenis psiko macam ni. Jadi, all the best, sis!

Jadi, bila korang dah baca ni, ada tak korang rasa mana-mana point yang mungkin korang boleh relate dengan kekasih korang yang kaki control tu? kalau korang boleh hadap, silakan. Kalau tak, angkat kakilah sis!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my