DhiaLova

Macam mana nak hadapi ‘crush’ yang sudah berpunya?

Oleh  | 

ADA crush memang seronok, tapi hanya kalau orang yang kita suka dalam diam tu lelaki single. Kalau crush kamu tu sudah berpunya, bala besar menanti kamu. Mesikpun crush bukan teman lelaki, tetapi sakitnya sama seperti putus cinta.

Ini dia, kami gariskan cara-cara untuk hadapi crush yang tak dianggap.

 

Elakkan berbual kosong dengan crush kamu

Crush kamu mungkin rakan pejabat kamu atau rakan sekelas kamu. Mahu tidak mahu, kamu terpaksa berdepan dengannya setiap hari, berinteraksi dan bertembung dengannya. Jika berlaku hal yang tak dapat dielakkan sebegini, kamu hanya perlu berinteraksi dengannya jika perlu dan untuk hal yang penting sahaja.

Jika si dia cuba untuk untuk berbual kosong dengan kamu, berikan helah seperti sudah lewat untuk ke kelas atau menghindari meja kerjanya ketika ke pantri pejabat. Pendek kata, elakkan daripada bertemu dengannya.

 

Jangan stalk dia di media sosial

via GIPHY

Janganlah kamu memerangkap emosi sendiri dengan mengintip aktiviti digitalnya di media sosial. Bagaimana kalau seronok kamu stalk dia, tiba-tiba kamu ternampak gambar si dia dengan teman wanitanya. Tidakkah makan hati kamu nanti? Jadi kurangkan stalk si dia. Tetapi janganlah dramatik sangat sampai mahu block atau unfollow crush kamu, memadailah dengan kamu mute dia supaya apa-apa tentang dia tidak muncul di feed kamu. Apa kata kamu follow akaun anak-anak artis, IG kucing popular atau food porn. Perhatian kamu pasti teralih.

 

Cuba lakukan aktiviti lain

via GIPHY

Jika kamu dan crush kamu berada dalam circle yang sama, kamu mungkin akan terus rasa terperangkap dan terkepung. Lepaskan perasaan tersebut dengan membuat aktiviti lain, yang boleh mengalihkan fokus kamu kepada si dia kepada sesuatu yang lain seperti bersukan, rock-climbing, main ukulele dan sebagainya. Kamu juga digalakkan untuk mencari teman/kenalan baru. Perlahan-lahan kamu akan belajar untuk lupakan perasaan terhadap si dia.

 

Teman wanitanya, none of your business!

Kamu tidak boleh terperangkap dalam angan-angan. Meskipun kamu sukakan crush kamu, teman wanitanya bukan musuh kamu. Berhenti beranggapan bahawa teman wanitanya jahat, atau jangan anggap dia seseorang yang merintangi cita-cita cinta kamu. Dia bukan begitu. Belajar untuk terima seadanya, kerana hakikatnya, kamu bukanlah sesiapa untuk kedua-dua mereka. Kamu cuma outsider. Take that, okay?

 

 

Rasa nervous nak luahkan sesuatu? Selindungi rasa tu dengan muzik pilihan hati di Hot X. Klik butang ‘Play’!


 

Sumber:  Cosmopolitan 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my