D-Life

Macam mana nak ‘handle’ orang yang ‘rude’ dengan kita ek?

Oleh  | 

BIASALAH, suka atau tidak hidup ni mesti akan berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Tapi yang paling tak okey bila perlu berhadapan dengan orang yang kurang ajar. Mesti korang pernah berhadapan situasi seperti ketika beratur akan ada orang potong barisan atau kawan-kawan yang suka condemn korang.

Kuat ke mental kita nak tahan dengan perangai manusia yang macam tu? Kalau orang yang kurang ajar dengan kita tu adalah stranger boleh dimaafkan lagi. Plus, buang masa je kalau nak tegur pun. Tapi, kalau orang tu kawan or orang yang rapat dengan korang? Tak mungkin nak biarkan je perangai dia tu. So, Dhia nak share dengan korang cara-cara untuk menghadapi orang yang kurang ajar dengan kita. Hope bermanfaat untuk korang gunakan.

  1. Argue

Bertenang okay. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus sebelum korang mula bercakap. Jangan sesekali respon orang yang kurang ajar itu dengan rasa marah juga. Jika korang bertenang dan respon orang yang kurang ajar tu dengan baik, kemungkinan dia pun akan rasa malu sendiri sebab kurang ajar dengan korang.

2.  Straight to the point

Jangan berkias if korang tak puas hati atau bersifat pasif-agresif dengan orang yang kurang ajar dengan korang. Datang di depan orang tu dan tatap mata dia. Luahkan apa yang korang tak suka dengan nada yang perlahan. If ada someone yang memotong barisan korang jangan sesekali memarahi atau menjeling orang tu. Tegur cara baik sebab kadang-kadang orang yang kurang ajar ni pun tak sedar yang dia kurang ajar. Kalau kita terus menyerang nanti makin meleret pulak sengketa kan?

3. Bersikap sopan

Kesopanan adalah senjata yang paling power untuk berhadapan dengan orang yang kurang ajar. So setiap kali korang rasa apa yang dikatakan orang tu agak rude, jangan respon dengan rasa marah juga. Kekalkan kesopanan korang sampai orang tu yang rasa malu sendiri dengan kata-kata dia. Confirm hati dia yang sakit sendiri!

4. Rasional

If ada orang yang sengaja sakitkan hati korang, korang chill je. Tipu lah tak bengang kan bila orang cakap perkara yang menyakitkan hati dekat kita. Cara paling bagus untuk kawal keadaan ini adalah bertindak secara rasional. Berhadapan dengan orang tu dan tanya apa punca dia kurang ajar dengan korang.

5. Bawa diri

Lastly, kalau korang dah tak boleh go sangat dengan orang yang kurang ajar dengan korang, better korang bawa je diri dan jangan berhadapan dengan orang yang kurang ajar tu. Bawa diri bukan bermaksud korang terima je perbuatan dia pada korang. Mungkin korang perlu masa untuk cool down kan diri sebelum berhadapan dengan dia semula. Lepas dah tenang baru datang balik pada orang tu dan terus terang apa yang korang rasa sebenarnya okay?

So, sebagai orang yang rasional jangan cuba timbulkan konflik setiap kali berhadapan dengan orang yang rude ni. Ignore je orang macam ni. Kalau korang respon balik dengan rasa marah apa bezanya korang dengan orang yang kurang ajar tu betul tak?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my