SuperDeals

Macam mana nak hilangkan lebam bawah mata versi ‘last minute’!

Oleh  | 

BAYANGKAN malam tadi korang sibuk siapkan kerja dekat pejabat sampai lewat malam. Oleh sebab dah seminggu korang tak tidur, mata korang memang rabak dan gelap semacam. Seram orang tengok. Lagi tak best bila tiba-tiba kekasih korang mesej nak bawa pergi jumpa bakal mak mertua. Alamak!

Orait, chill dulu. Jangan serabur-serabut. Korang boleh buat beberapa tips yang dekat bawah ni.

via GIPHY

Badam manis

Badam memang ada sumber vitamin C yang sangat bagus kalau nak buat kulit korang lembut. Sapukan minyak badam dekat lingkaran mata korang. Lepas tu urutlah perlahan-lahan bagi dia menyerap dengan lancar. Korang kena buat sebelum masuk tidur.

Aloe Vera

via GIPHY

Yes, thank God sebab ini adalah raja segala produk nak cantik. Aloe Vera selain terkenal melembapkan kulit, ia pun boleh mengurangkan pigmentasi dekat baagian bawah mata. Caranya korang sapu dekat bawah mata dan biarkan selama 10 minit. Buat je banyak kali sebelum tidur.

Uncang Teh

Ha, lepas korang minum teh hijau. Jangan pula buang uncang teh lepas korang bancuh air. Selain tak cukup tidur, lingkaran bawah mata itu pun terjadi sebab saluran darah korang mengembang. Jadi, teh hijau ini akan bantu korang untuk mengecilkan balik saluran darah itu. Caranya korang letak uncang teh dalam peti aias terlebih dahulu. Lepas dah sejuk, apply dekat kelopak mata korang selama 15 minit dan cuci.

via GIPHY

Ha? Terlalu tradisional dan korang malas nak buat benda yang sis nyatakan ini? Ala, sekarang ni dah mudah lah dengan bantuan teknologi semua benda boleh settle. Korang pergi je lah laser bawah mata tu. Senang kan?  Jangan cakap sis tak roger okey.

Lepas ni bolehlah melangkah depan bakal mak mertua dengan yakin. Confirm dia berkenan dekat korang walau hanya sekilas pandang. Gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my