D-Life

Macam mana nak minta hutang dekat ‘member’ dengan cara paling ‘smooth’?

Oleh  | 

MEMANG ada orang disekeliling kita yang akan pinjam duit bila dah dekat hujung bulan. Sevagai kawan yang baik, sis faham kita akan tolong mereka sebab itulah yang dilakukan oleh seorang kawan sejati. Tapi, benda jadi tak syok bila diorang hanya tahu pinjam. Bila nak bayar banyak betul alasan.

Tapi sis faham memang kadang-kadang kawan kita terlupa. Jadi, kitalah yang kena ingatkan dia supaya bayar segala hutang kita. Yelah, kawan memang kawan. Tapi duit pun penting. Jadi hari ini, sis nak kongsikan beberapa teknik yang sis pernah guna untuk minta hutang dengan cara paling smooth dan tak awkward.

via GIPHY

Cakap dulu apa-apa, lepas tu minta

Ha, kalau korang nak minta hutang dengan gaya paling smooth. Korang jangan panjangkan pertanyaan. Kena make sure cara korang tanya tu short dan simple. Benda yang sis selalu buat ialah, sia akan berborak dulu dengan kawan sis, lepas nak bla tu sis akan cakap.

“Eh, by the way, hutang haritu. Kalau kau nak bayar online pun okay,”

via GIPHY

Jangan tunggu lama sangat

Ha, ni sis nak ingatkan juga. Korang jangan delay nak minta hutang lama sangat sampai 7 bulan. Bukan apa, pertama, dia dah lupa. Kedua, korang akan lebih awkward nak minta sebab dah lama sangat. Jadi, kalau korang dah bagi pinjam duit. Seminggu atau dua minggu lepas itu, dah boleh tanya sikit-sikit.

Guna cari lain

Ha, kalau dia tak nak bagi duit secara cash. Korang guna teknik lain. Kalau sis, sis akan ajak makan dan sis akan order makanan yang sama harga dengan hutang dia. Lepas tu, sis akan suruh dia bayar. Katakanlah hutang dia lebih besar harganya berbanding harga makanan itu. Korang boleh minta tolak dari hutang yang ada.

“Eh haritu RM30 kan? yang harga RM15 ni kau tolak la dari hutang haritu tau,”

via GIPHY

Alamak darurat!

Kalau kawan korang lama sangat dah tak bayar hutang. Lepas satu per satu cara kau buat tapi tak jalan. Korang boleh guna cara ini. Iaitu korang panggil dia dan buat persetujuan berapa amount yang perlu dibayar dalam tempoh beberapa bulan ini. Ingatkan diorang setiap 1 haribulan, diorang wajib bank in jumlah hutang diorang kepada kita, Ha, ini kalau dah dahsyat.

Setiap kali korang rasa tak selesa nak minta hutang, korang kena yakinkan pada diri korang yang itu adalah hak korang. Semoga lepas ni korang tak lagi berurusan dengan orang yang liat nak bayar hutang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my