DhiaLova

Macam mana nak pikat hati supaya orang tak lupakan kita?

Oleh  | 

PERNAH tak korang terfikir adakah orang dekat sekeliling kita sebenarnya betul-betul menghargai kehadiran kita? Atau adakah selama ini mereka tak kisah pun korang wujud atau tak. Jadi dalam artikel kali ini, sis nak berborak sikit tentang beberapa perkara yang boleh membuatkan orang lain tak boleh lupa.

Buat benda yang orang bangga

Orang akan kita ingat kalau kita mempunyai prestasi kerja yang baik. Jadi apa yang kita boleh buat ialah cuba sebaik mungkin untuk hasilkan sesuatu pencapaian yang baik. Tak payah besar pun tak apa macam selesaikan masalah negara ke apa. Jadi cubalah beranikan diri untuk keluar dari zon selesa.

Tolong orang

Kita wujud dekat muka bumi ini bukan hanya untuk kita sahaja. Kita kena keluar dan bantu mereka yang memerlukan pertolongan kita. Nak lagi bila sekarang ini semua benda kita boleh dapat dekat depan jari. Korang hanya kena berusaha sahaja untuk tolong orang lain.

Bagi aura positif dekat semua

Sekarang ini cuba korang perhatikan diri korang sendiri. Adakah selama ini korang menjadi inspirasi dan memberi aura positif kepada orang lain? Benda paling basic korang boleh buat ialah dengan menjadi seorang pendengar yang sangat setia dan baik.

Ramah dengan orang baru kenal

Bila bertemu orang baru, jangan kaku sangat. Cubalah tegur mereka dan beramah mesr. Banyakkan senyum kerana orang ramai akan memberikan tanggapan yang baik kepada korang. Kalau korang ramah dengan orang yang baru kenal, ia adalah bukti korang ada emosi yang cerdas.

Kelakar

Satu lagi benda yang orang akan ingat ialah kalau korang seorang yang kelakar. Yelah, siapa yang tak gembira kalau korang buat banyak orang gelak, kan? Kalau korang ada, keadaan tiba-tiba bertukar ceria. Jadi, selalulah buat orang tersenyum.

Jadi macam mana? Macam senangkan? Kalau korang tak pernah terfikir untuk buat apa yang sis cakapkan tadi. Boleh perlahan-lahan lakukan. Mana tahu korang tiba-tiba jadi seseorang yang semua orang nak dampingi.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my