DhiaLova

Macam mana nak tahu ‘introvert’ suka dekat korang?

Oleh  | 

HELLO girls! Bila cakap pasal topik relationship ni, masih ramai lagi yang pening kepala dan banyak soalan yang bermain di fikiran korang. Sometimes, ada yang tak nampak pun signs atau hints seseorang bagi dekat korang. Tu yang tak habis-habis single je memanjang!

Okay tak apa guys, bukan semua yang single tu tak nampak kan? ada jugak yang single sebab pilihan sendiri dan individu ini memang happy dengan keputusan masing-masing. So tak salah pun being single ni sebenarnya. Sebenarnya hari ni sis nak kongsikan dekat korang, tanda-tanda seorang yang introvert suka dekat korang.

Ramai dah tahu kalau sebut introvert je mesti sejenis ini tak akan luahkan apa apa perasaan dan kalau tengok dari luaran, dorang ni memang nampak cool and pendiam betul. Jadi macam mana nak tahu kalau dorang ni ada perasaan dekat korang ke tak? Lets say korang ada suka pada orang yang berwatakkan introvert macam ni, so macam mana nak tahu introvert ni mempunyai perasaan yang sama?

Perubahan tingkah laku 

Bukan semua introvert akan melakukan perubahan yang drastik apabila berada di sekeliling korang. Sometimes, tingkah laku diorang ni bergantung pada confidence level jugak. Perubahan yang korang boleh perhatikan adalah seperti lebih memberi perhatian pada korang atau menjadi lebih pendiam atau awkward .

Berusaha to be around you

Introvert bukanlah jenis yang loud spoken. Kebanyakkannya akan make their own move untuk berjumpa dengan korang atau berada dalam situasi yang melibatkan keduanya.

Flirt melalui text atau social media 

Kebanyakkan introvert lebih selesa menulis berbanding bercakap dengan korang. So what they usually do is,dorang akan cuba untuk berkomunikasi dengan korang semua melalui social media atau text messages!

Lebih ‘open’ dengan korang

Bila sebut introvert mestilah jarang sekali dengar diorang ni bukak cerita dengan korang, lebih lagi kalau hal yang berkaitan dengan personal. Introvert usually akan lebih open untuk berkomunikasi dengan korang in various ways!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my