D-Life

Macam mana nak tahu siapa yang ‘unfollow’ kita dekat Instagram?

Oleh  | 

KADANGKALA undang-undang yang kita pakai di dalam dunia maya adalah benda yang sama kita pakai di dunia nyata. Sebagai contoh, kalau kita dah buang seseorang dekat dalam media sosial, maksudnya kita sememangnya dah buang dia dari dalam hidup kita di dunia nyata.

Ada sebab kenapa kita unfollow seseorang itu di media sosial (jangan pura-pura tak tahu, korang mesti pernah unfollow account sesiapa dekat Instgram, kan?) Jadi, benda yang sama juga orang lain boleh buat dekat kita. Mungkin gambar yang kita muat naik di Instagram buat orang menyampah dengan kita atau orang tersebut dah tak berminat untuk tahu perkembangan semasa kita.

Sebenarnya ada cara nak tahu siapa yang unfollow kita dekat Instagram tau. Kalau korang jenis yang selalu tertanya-tanya siapa yang unfollow korang hari ini, artikel ini memang sangat sesuai untuk korang. Pastikan baca sampai habis tau.

Manual

via GIPHY

Boleh je kalau korang nak buat cara manual. Maksudnya korang scroll la dekat senarai following. Korang check la satu persatu kawan rapat korang masih follow di laman sosial atau tak.

Aplikasi

Kalau korang bukan jenis yang gigih sangat nak semak senarai kawan-kawan satu per satu. Jangan risau sebab sekarang ni dah ada satu aplikasi yang dipanggil Followers Track for Instagram. Apps ini bukan sahaja buat korang boleh tahu siapa yang unfollow korang dekat mana sosial. Tapi, korang juga boleh tahu siapa siapa yang tak follow korang balik di laman sosial.

via GIPHY

Selain itu ada juga apps lain tapi korang kena bayar untuk menggunakan apps itu. Macam FollowMeter yang boleh beri korang informasi bukan sahaja siapa yang follow korang tapi siapa yang paling banyak like gambar korang di Instagram. Hambik kau! kantoi segala stalkers!

Okey, korang boleh guna cara berkenaan untuk tahu siapa yang tak lagi berminat nak tahu perkembangan hidup korang di laman sosial. Ini mungkin akan menyakitkan tapi sekurang-kurangnya korang dah tahu kebenaran.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my