Fitness

Macam mana ni, badan terlalu kurus! Ini tips untuk tambahkan berat badan

Oleh  | 

TERLALU kurus pun boleh mengangggu keyakinan diri seseorang. Selalunya banyak tips dikongsikan adalah tips nak kurus dan diet yang seimbang, timing permakanan dan sebagainya.

Jarang kita dengar orang complain pasal terlalu kurus dan sering kali yang kita dengar masalah berat badan berlebihan je yang lebih popular.

Tak apa, korang tak perlu risau, yang nak naikkan berat badan tu meh sini sis kongsikan dekat korang tips untuk tambahkan berat badan tu.

Tetapkan waktu makan

Perkara pertama yang korang boleh buat adalah korang kena tetapkan waktu makan korang setiap hari.

Contohnya, korang set timing makan tengah hari pukul 1 dan elakkan makan terlalu lewat. Sangat penting bagi korang dan jangan skip your meals!

via GIPHY

Makan kerap

Kalau korang jenis yang cepat kenyang, lebih baik korang makan secara kerap. Sis cadangkan waktu makan korang  3 kali iaitu sarapan, makan tengahari dan  makan malam. Waktu untuk snek adalah minum pagi, petang dan supper.

via GIPHY

Tambah portion makan

Kalau sebelum ni, korang makan dengan kuantiti yang sedikit atau biasa, sis cadangkan dekat korang untuk tambahkan sedikit portion makanan korang tu. Contoh, nasi lebih dan lauk lebih.

via GIPHY

Makanan berkalori tinggi

Setiap makanan mempunyai jumlah kalori dan mempunyai nutrisi yang penting supaya dapat memberi tenaga pada kita. Korang digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi kalori yang tinggi seperti yogurt, milk shake, cheese, peanut butter dan seangkatannya

via GIPHY

Sis harap artikel ni dapat membantu korang untuk menaikkan berat badan korang okay. Semoga berjaya! Badan dah naik jangan megeluh pulak baju tak muat!

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my