D-Life
Macam mana orang boleh ada kemampuan untuk ingat semua benda?
KORANG pernah tak jumpa manusia yang jenis ingat semua benda? Termasuklah benda-benda kecil macam tempat korang letak telefon, kat mana simpan kunci, parking tingkat berapa dan sebagainya. Biasanya benda kecil macam ini orang selalu lupa.
Sebenarnya kemampuan untuk mengingati perkara yang sis ceritakan tadi tidak hanya lahir tiba-tiba. Gaya hidup korang sangat mempengaruhi memori otak. Sejumlah pakar ada mengatakan beberapa perkara yang korang boleh lakukan untuk meningkatkan mutu memori.
Jom kita check!
Berhenti multitasking
Orang yang hebat dekat dunia ini pun tak buat kerja secara multitasking. Sebabnya, otak kita susah nak proses sesuatu maklumat. Semakin banyak informasi yang dimasukkan ke dalam otak, semakin sikitlah benda yang kita boleh ingat. Contohnya, korang jangan pegang telefon sambil makan.
Terurus
Mengumpul dan menyusun memori dapat membantu korang untuk fokus dan membuang benda-benda yang korang tak perlu ingat. Mencatat sesuatu boleh bantu korang untuk menyimpan maklumat dan tidak meninggalkan tugas penting.
Meditasi
Benda ini sebenarnya sangat membantu tau. Waktu meditasi, kita sebenarnya sedang membersihkan tubuh dari stres dan fikir benda-benda yang mengganggu. Ia pun boleh membantu seseorang untuk lebih mudah fokus.
Tidur waktu yang tepat
Jangan tidur lewat sangat. Tidur yang berkualiti boleh bantu korang untuk meningkatkan kesihatan otak. Orang yang tidur lapan jam sehari ini sebenarnya mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding yang tidur kurang daripada itu.
Begitulah antara perkara yang sebenarnya boleh membantu korang untuk mempunyai ingatan yang lebih kuat daripada yang biasa. Jadi, sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan korang yang asyik lupa itu.





Komen Terkini