Be-You-Ty

Macam mana ucap terima kasih buat kamu sihat?​

Oleh  | 

TERIMA kasih sayang

Kuucap padamu

Kerana menyembut tanganku yang hampir layu.”

Begitulah bait-bait lirik nyanyian IamNeeta untuk menujukkan betapa kita menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita. Walaupun ucapan terima kasih kelihatan remeh, namun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan kamu.

Menurut Profesor Amit Kumat dari Austin’s  McCombs School of Bussiness menjelaskan ucapan terima kasih boleh meningkatkan kebahagiaan seseorang. Maka beliau mencadangkan agar perbuatan ini lebih kerap diamalkan oleh semua orang.

Bukan itu sahaja, malah hasil penelitian daripada Jurnal Psychological Science turut menyokong apa yang dikatakan Profesor Amit seperti yang ditulis CNN Indonesia.

via GIPHY

Untuk meneliti betapa magisnya ucapan terima kasih, sebuah kajian telah dijalankan. Para peserta diminta untuk mengirimkan surat yang berisi ucapan Terima Kasih kepada orang yang berjasa di dalam hidupnya.

Kemudian, mereka diminta untuk membayangkan reaksi penerima surat berkenaan sebaik sahaja membaca apa yang mereka tuliskan.

via GIPHY

Jika seseorang itu menuliskan ucapan terima kasih mereka dengan jujur dan tulus, mereka akan membayangkan penerima surat itu juga akan memberikan reaksi yang sangat positif.

Selepas itu, para peneliti mula bertanyakan para peserta tentang perasaan mereka sebelum dan selepas menulis surat. Ternyata, menulis ucapan terima kasih memberikan mereka  lebih banyak energi positif lebih daripada biasa.

Energi inilah yang sebenarnya dapat memberikan sebuah perasaan gembira di dalam hati kamu sekali gus meningkatkan kesihatan.

Jadi, apa tunggu lagi. Setelah kamu membaca artikel ini cepat-cepat cari telefon anda serta hubungilah mereka yang pernah memberikan kamu senyuman dan ucapkan terima kasih kepadanya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my