Serious?!

Macam ni ke kualiti filem animasi Malaysia kita? Melampau betul Ejen Ali ni

Oleh  | 

TAHUN 2019 boleh dikatakan sebagai tahun yang meriah dengan kehadiran filem animasi tempatan yang menjengah ke pawagam. Kemunculan filem animasi di negara kita ni pun boleh tahan kualitinya. Baru-baru ini  Primeworks Studios dan Wau Animation sudahpun mengangkat sebuah siri animasi terkenal mereka kepada sebuah filem iaitu Ejen Ali yang akan start ditayangkan pada 28 haribulan ini. Adakah filem ini pun setaraf dengan filem animasi yang pernah dihasilkan di Malaysia sebelum ini?

Sebagai seorang yang tak berapa minat cerita kartun, sis tak meletakkan harapan tinggi untuk stay lama dalam wayang pun. Tapi tak disangka-sangka, rupanya sis tak berganjak langsung di dalam wayang sepanjang 97 minit ia ditayangkan.

Apa yang bestnya?

Jalan cerita Ejen Ali ini memang mudah difahami sebab ia untuk semua lapisan masyarakat. Jadi apa yang membuatkan Ejen Ali ini istimewa?

Dalam filem ini korang akan dapat tengok nilai dan budaya masyarakat kita diangkat dalam filem ini. Maksudnya, mereka memperkenalkan kepada kanak-kanak ni yang negara Malaysia kita negara berbilang kaum dan kita perlu menyayangi antara satu sama lain tanpa ada prejudis. Termasuklah makanan. Lepas tengok filem ini sis terus mengidam satay.

Sebagai filem animasi aksi, ada beberapa babak yang korang kena ready sebab ia mendebarkan dan juga sangat meruntun emosi pada masa yang sama. Mereka ada penulis skrip yang padu sebab beberapa scenes dalam Ejen Ali mememang halus dan mengundang tangisan. Kalau korang yang cepat koyak tu, sila bawa tisu.

Runut bunyi filem ini pun bukan calang-calang. Pertama lagu Bukalah Matamu. Walaupun ada kontroversi sikit lagu ni but who cares, asalkan best dalam movie, sis onz je.

Lagu kedua yang sis tercengang ialah Kita Jaga Kita. OMG, best gila! Semangat betul. Dah macam runut bunyi untuk filem aksi dan triller level antarabangsa. Tak percaya, ha dengarlah sendiri.

Tak semua filem akan sempurna. Ada juga bahagian dalam filem ini yang boleh diperbaiki contohnya apabila ia terkait emosi sesebuah watak. Sis rasa okay, cuma ia akan lebih ‘mantul’ kalau pelakon suara akan lebih ‘beriya’ untuk menghasilkan emosi macam marah, nangis dan juga suara tercungap keletihan selepas berlawan. Ia akan nampak lebih real.

Beberapa elemen dan istilah saintifik yang ada dalam filem ini mungkin agak berat untuk difahami oleh kanak-kanak. Tapi oleh sebab ia adalah filem yang tak terhad kepada kanak-kanak, ia menunjukkan sisi di mana skrip yang dihasilkan telah dikaji terlebih dahulu dan bukannya setakat ‘menampal’ beberapa istilah untuk menjadikan filem ini gah.

Apapun, ia hanya benda kecil yang nak dicakapkan namun tidaklah sampai melunturkan kehebatan Ejen Ali. Aminasi 3D mereka sangat cemerlang. Kalau macam inilah kualiti filem animasi yang dihasilkan oleh anak tempatan kita. Tak mustahil, banyak filem animasi kita yang boleh tercalon ke Oscar.

Diorang dah start jual tikel awal dan korang boleh beli dekat GSC. Korang bebas untuk membuat kritikan dan pendapat sendiri. Pergilah tengok dan beri sokongan kepada hasil produk tempatan ini. Confirm korang akan tercengang. Nak, kita layan sikit trailer.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my