Oh-Oh-Tee-Dee

“Macam pinang dibelah dua,” OOTD matchy matchy pasangan ini jadi perhatian!

Oleh  | 

KALAU hati dah sejiwa, apa yang yang kita buat pun mesti nak dilakukan sama-sama. Termasuklah baju apa nak pakai supaya nampak sedondon dengan pasangan kita. Bukan itu sahaja, kalau ambil gambar pun nampak lebih menyerlah dengan hashtag outfit couple of the day gitu!

Baru-baru ini di laman Twitter, sebuah akaun bernama @EmirSHendry ada kongsikan beberapa keping gambar dirinya yang tampil matching dengan pasangan. Bukan itu sahaja, caption gambar berkenaan pun memang manis sampai bersemut screen laptop sis dibuatnya.

Denim jaket macam ini memang selalu buat kita semua nampak style dan tak ketinggalan zaman. T-shirt putih dekat dalam itu pun akan menampakkan korang lebih kemas dan tak serabut. Bukan itu sahaja, korang sebenarnya boleh buat banyak gaya santai dan chic dengan jaket denim ini.

Tak payah nak buat T-shirt couple yang ada tulisan “He/ she is mine”, cringe tau tak! Kalau pakai putih macam ini kan cantik. Baju putih macam ini memang kena ada dalam almari korang sebab ia sangat mudah untuk digayakan dengan outfit apapun. Kalau jalan bawah cahaya matahari tu, nampak korang makin berseri-seri tau dan semua mata-mata akan mengarah kepada korang.

Tak salah kalau nak nampak monokrom sikit, kan? Pilihan baju yang ada sedikit corak mesti tak akan buat korang nampak membosankan. Nak nampak lebih bergaya, boleh lengkapkan OOTD korang dengan kaca mata hitam macam yang mereka lakukan ini. Kelas!

Nak pergi majlis formal? Warna hitam adalah pilihan yang sangat selamat untuk majlis seperti ini. Ubah sikit gaya hijab korang agar memberi sedikit kelainan dan menyerlahkan keayuan. Bagi si lelaki pula, menyarungkan blazer macam ini memang buat korang nampak lebih segak daripada biasa.

Amacam, nampak seperti pinang dibelah dua, kan? Lepas ini korang boleh la jadikan inspirasi kalau nak keluar dengan si dia. Bila orang luar dah nampak korang berbaju sedondon macam ini, barulah tak ada sesiapa nak kacau daun, kan? Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my