D-Life

Macam tak percaya! Korang boleh bakar lemak waktu tidur hanya dengan…

Oleh  | 

WEH! tak main-main. Selama ni sis ingatkan nak bakar lemak kena pergi berenang atau bersenam sampai berpeluh-peluh badan. Rupanya ada beberapa perkara yang boleh membantu tubuh kita membakar lemak walaupun dalam tidur. Jadi, ini adalah beberapa benda yang korang boleh try untuk membakar lemak dalam badan. Perfect!

via GIPHY

Jangan makan karbohidrat

Orait geng, untuk pastikan badan korang ada tenaga. Kita memang memerlukan kalori yang diambil daripada makanan berasaskan lemak dan karbohidrat. Jadi, untuk memastikan badan korang dalam menjalankan fungsi dengan baik. Jangan ambil makanan berat 2 jam sebelum tidur.

Minum teh hijau

Okay geng! rupanya ini sangat membantu. Korang dicadangkan untuk ambil teh hijau panas tanpa gula sebelum tidur. Secawan teh hijau bukan sahaja dapat menghalang pembentukkan lemak. Amacam? ok la kan?

via GIPHY

Matikan lampu

Ha? Ini pun boleh bantu bakar lemak? Mestilah! Waktu kita tidur, ia akan menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini boleh membuatkan kita lebih mudah untuk tidur lelap, menstabilkan darah dan meredakan kadar stress. Hormon melatonin juga boleh dimaksimumkan sehingga mengikis lemak dalam badan.

Tidur dalam bilik yang sejuk

Bilik yang sejuk akan mendorong badan untuk membakar kalori.  Menurut The Sleep Doctor, Michael J Breus mendapati bilik yang sejuk boleh merangsang produktiviti metabolisme tubuh.

 

Ha, jadi inilah antara benda yang boleh korang buat untuk memecahkan lemak sewaktu tidur. Macam tak susah sangat pun, kan? Oklah, sis nak cuba buat sekerap mungkin. Mana tahu badan sis boleh langsing macam model antarabangsa. Gitu!

Sumber: CNN

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my