Serious?!

Magis Tokti buat Jakarta ‘goosebumps’!

Oleh  | 

JAKARTA menjadi pilihan pertama penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza untuk konsert jelajah berskala besarnya yang merentas tiga negara.

Semalam, sejarah telah tercipta apabila Siti berjaya mengumpulkan kira-kira 3,000 pengunjung untuk hadir menyaksikan persembahan konsert #SitiNurhalizaOnTour yang berlangsung di Istora Senayan.

Sepanjang konsert malam tadi, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu atau lebih mesra disapa sebagai Tokti telah membawakan beberapa buah lagu terbaiknya mengikut segmen tertentu seperti lagu tradisional, balada, akustik dan moden.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis terkenal Indonesia iaitu Tulus yang sama-sama menyanyikan lagu Seindah Biasa.

 

View this post on Instagram

 

omg @ctdk duet dengan @tulusm lagu Seindah Biasa 😱😱😱 #SitiNurhalizaOnTour

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Apa yang lebih mengharukan ialah ketika lagu Cindai berkumandang, penonton di dalam stadium bersorak-sorai dan menyanyikan lagu itu beramai-ramai.

Konsert Tokti semalam nampaknya menerima komen positif daripada netizen. Ada yang mengatakan suara nyanyian Tokti yang lunak dan merdu itu membuatkan mereka goosebumps dan ramai yang tak sabar nak menyaksikan konsert Tokti di Malaysia nanti!

 

Lokasi konsert jelajah Tokti yang seterusnya akan berlangsung di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019 manakala di Malaysia pula akan berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.

BACA: Jaga-jaga semua, Siti Nurhaliza buat ‘comeback’ konsert terbesar rentas 4 negara!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my