DhiaLova

Mahalkan diri ‘girls’, tak perlu jadi penggoda untuk tambat hati lelaki!

Oleh  | 

Sebenarnya tak perlu untuk rendahkan martabat korang sebagai perempuan dengan menjadi penggoda untuk menarik perhatian lelaki. Sampai bila nak jadi macam tu? Secara umumnya kita pun tahu lelaki akan terpikat pada perempuan gedik dan suka menggoda kerana lebih terarah kepada nafsu. Korang nak ke dipandang berdasarkan nafsu semata?

Tak susah pun sebenarnya nak tambat hati lelaki. Kaum lelaki pun manusia biasa macam kita juga girls. Manusia biasanya suka dengan pujian. Cukup sekadar dengan memberi pujian pun mampu mencairkan hati lelaki tau. Tapi jangan melebih-lebih nanti akan di anggap mengampu pula.

Korang kena pandai tambat hati lelaki dengan cara korang sendiri. Tetapi perlulah dengan cara yang betul. Apa kita perlu buat? Ha! Kita perlu jadi seorang pendengar yang baik. Biasanya memang perempuan akan lebih banyak bercakap berbanding lelaki tetapi demi memenangi hati crush korang tu, apa kata korang cuba jadi pendengar pula.

Belajar untuk meminati perkara yang si dia suka dan cuba berbual tentang itu. Confirm lelaki akan tertarik sebab tak semua perempuan akan suka dengan perkara-perkara lelaki. Am I right ladies? 

Seterusnya, jangan pernah lokek dengan senyuman. Senyuman seorang wanita tu boleh menggoncang hati lelaki tau. Lelaki sangat sukakan wanita yang mempunyai aura positif. Untuk langkah yang pertama, rajin-rajinkanlah diri dengan memberi senyuman dan menjaga percakapan korang. Confirm lelaki boleh cair!

Last but not least, selain daripada melontarkan pujian kepada si dia, lelaki juga mudah jatuh hati kepada perempuan yang berfikir mereka seorang yang bijak, kacak, kelakar dan hebat. Jangan pernah lokek memberi good words kepada mereka. Jadi seorang wanita yang sentiasa menyokong dan positif. Tetapi perlu berpada-pada dan bergantung kepada situasi okay?

Pujian dan karakter yang manis semestinya akan menjadi sebuah permulaan yang baik untuk korang tackle crush korang. Jadilah seorang wanita yang menyenangkan hati lelaki dan apa yang penting jangan pernah cuba jadi orang lain ye. Just be yourself! 

Untuk menaikkan semangat korang, meh Dhia belanja sikit playlist untuk naikkan semangat sambil-sambil fikir idea untuk tacke crush korang. Good luck! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my