Inspirasi Dhia

Mahu ada dalam senarai Forbes 30 Under 30 impian ‘founder’ BeauTYRA

Oleh  | 

SEBUT sahaja BeauTYRA, siapa yang tak ingat pada blusher yang laris dijual dalam masa 4 minit. Betul tak? Walaupun produk kosmetik sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan tetapi tetap tidak mematahkan semangat gadis ini untuk lancarkan koleksi produk terbaharunya, Matte Liquid Lipstick atau Lips Dessert.

Team Dhia sempat bertemu dengan tuan punya badan, Tyra Kamaruzzaman yang mesra dipanggil Tyra semasa pelancaran produk dia tau. Kecil molek, cantik, manis, kelakar dan periang orangnya tau!

KENAPA BLUSHER

Bercerita tentang ideanya untuk mengeluarkan produk sendiri, Tyra menjelaskan sejak berumur 14 tahun dirinya sudah jatuh cinta dengan barangan makeup dan memasang impian untuk memiliki jenama makeup sendiri. Ternyata impian Tyra sudah pun tercapai sekarang. Tahniah Dhia ucapkan.

Tapi korang tahu tak kenapa Tyra ni mulakan produk dia dengan blusher? Ye lah, biasanya orang lebih selesa mulakan dengan lipstick dahulu kan. Tapi, gadis kecil molek ini berkata tidak lengkap dirinya sekiranya makeup tapi tak ada blusher. Kalau Dhia pula, tak boleh kalau tak ada lipstick. Lain orang lain lah cara dia kan.

“Kenapa Tyra mulakan dengan blusher adalah Tyra perasan kalau Tyra pakai makeup tak ada blusher, muka Tyra nampak kosong, dull dan tak berseri. So Tyra kalau makeup memang tak boleh kalau tak ada blusher. That’s why Tyra start dengan blusher duhulu.” jelasnya.

KELAINAN BEAUTYRA

Dhia tertanya-tanya apa yang membuatkan Tyra berani mengembangkan lagi produk dia. Ye lah, muda-muda lagi dah ada produk sendiri. Kalau korang tengok founder kosmetik biasanya orang yang berpengalaman dan ada antaranya selebriti yang dah ada pengikut sendiri. Jadi, nak tahu juga apa yang Tyra janjikan untuk produk dia. Betul tak?

Memang Tyra akui banyak competition untuk produk Tyra tapi apa yang menjadikan BeauTYRA lain adalah konsep yang dibawakan. Tyra letakkan kualiti, packaging yang cute dan young sesuai dengan target Tyra to attract youngster. Tyra juga masukkan elemen exclusivity masa mempromosikan  produk-produk Tyra which is everyone is beautiful. Tak kisahlah warna kulit and what size you are” jelas Tyra lagi.

BUKAN STRATEGI

Perasan tak produk BeauTYRA ni sangat limited. Baru je nak beli semua dah sold out. Kalau korang perasan dekat bahagian komen di setiap posting di Instagram, tak henti-henti pelanggan diorang akan minta restocked secepat mungkin. Memang luar biasa kan? Bila ditanya adakah ini salah satu strategi BeauTYRA, jawapannya;

“Memang tak ada niat atau sengaja nak buat limited sebenarnya. BeauTYRA is all about excitement. Generasi muda sekarang bila nampak sesuatu diorang memang berebut untuk dapatkan. Saya rasa ini yang membantu produk saya.”

“BeauTYRA ni dah jadi macam top of town dan yang membantu benda ini ialah viral marketing. Sebab itulah yang drive BeauTYRA to sold out. Tak dilupa juga support and love that we get from our fan and loyalist. Alhamdulillah.”

“In Sha Allah, future planning Tyra memang besar. Tyra nak keluarkan not just makeup but skin care and everything. For now customer boleh dapatkan produk Tyra di shopee sebab mereka exclusive partner produk Tyra. Tapi memang Tyra nak sangat becoming international, buka kedai or kiosk so more accessible to everyone untuk dapatkan.” ujarnya lagi.

INSPIRASI DAN IMPIAN

Ha! Kalau nak tahu Tyra kata dia ada banyak sumber inspirasi tau. Selain meletakkan idolanya seperti Huda Kattan dan Kylie Jenne, Tyra berkata Dato’ Siti Nurhaliza juga mempengaruhi apa yang dilakukannya sekarang okey.

“Saya sukakan Huda Kattan dan Kylie Jenner and of course Mak Iti is my idol too. She inspired me a lot to be where I am today. She number one singer and everyone love her. I felt like the all women that powerful women inspired me so I wish I can be like them. In sha Allah.”

“My number one wish is to be on Forbes 30 Under 30 just like Neelofa and Vivy Yusof. I really want to be like them in future. Jangan lupa doakan.” katanya menutup perbualan.

Dhia sempat juga bertanyakan kolaborasi Tyra bersama idola dia Mak Iti. Ye lah, siapa tak tahu produk Dato’ Siti, SimplySiti. Mana tahu akan ada gabungan BeauTYRA X SimplySiti ke kan? Tersenyum Tyra saat mendengar soalan Dhia tau.

Macam biasalah, siapa je yang tak mahu berkolaborasi bersama Mak Iti. Dah tentulah dia mahu dan akan masuk dalam future planning dia. Sama-samalah kita nantikan. So team Dhia harap Tyra terus berjaya sebagai usahawan muda dan boleh memberi sumber inspirasi pula kepada anak-anak muda nanti. You can do it girls!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my