Serious?!

Majlis ‘bridal shower’ berlangsung meriah, Nelydia bakal berkahwin tak lama lagi

Oleh  | 

KECOH baru baru ini apabila Nelydia Senrose memuat naik video-video majlis bridal shower nya di insta stories. Mengukuhkan lagi spekulasi ini apabila rakan-rakan dan keluarga Nelydia juga memuat naik video di majlis yang sama meraikan Nelydia.

Menerusi laman twitter Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose ,24 memberitahu bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat. Menurut sumber akhbar tempatan, Nelydia enggan mengulas lanjut tentang hal ini tetapi dia berharap agar majlis yang di rancangnya diberkati dan dipermudahkan.

FOTO: Twitter Nelydia

Uqasha Senrose, kakak kepada Nelydia telah memuat naik beberapa gambar sekitar majlis bridal shower adiknya.

#myotherhafeznel ❤️

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Majlis itu berlangsung pada Ahad lalu di Ritz Calton Kuala Lumpur untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat. Antara yang hadir adalah Sherry Ibrahim, Erin Malek, Adeline Tsen dan Ruzana Ibrahim.

Menariknya pada majlis itu Nelydia telah membaling sejambak bunga kepada sekumpulan kenalannya untuk mengetahui siapa yang bakal berkahwin selepas dirinya dan lebih mengujakan apabila Uqasha Senrose berjaya menyambut jambangan bunga itu.

Bakal suami Nelydia hanya dikenali sebagai Hafiz, seorang ahli perniagaan. Terdahulu, Nelydia pernah menjalinkan hubungan bersama Qi Razak tetapi hubungan mereka berakhir pada tahun 2015.

Menggunakan hashtag #myotherhafezenel, Majlis yang diberi nama Nelydia Senrose last fling before the ring! itu berjalan dengan meriah. Nelydia kelihatan anggun dengan memakai gaun berwarna putih dan tetamu-tetamu lain memakai tema berwarna oren dan merah jambu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my