Serious?!

Mak aih! Habiskan 3 jam bersolek untuk foto ‘yearbook’ yang vazz

Oleh  | 

TIADA siapa yang boleh lupa gambar epik majalah sekolah James Charles pada tahun 2016 yang membolehkannya mendapat tawaran kontrak bersama dengan CoverGirl.

Begitu juga dengan pelajar perempuan ini, yang membawa Anastasia Beverly Hills Glow Kit dan fan brush ketika penggambaran foto bagi yearbook sekolah tingginya pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

@anastasiabeverlyhills is lifeeeeee #Gradwaiting

A post shared by Janssen Mendoza (@ssenmendoza) on

Pada tahun ini, foto akhir tahun Kevin Kodra pula mencuri perhatian ramai. Lihat sahaja teknik countouring pada hasil solekan Kevin dan juga highlight pada pipinya.

FOTO: Instagram Kevin Kodra

Kata Kevin, dia sangat struggle dengan gambar-gambar akhir tahunnya yang terdahulu, namun khusus untuk graduasi kali ini, Kevin mahukan hasil yang terbaik.

“Semua gambar akhir tahun saya sangat, sangat teruk,” kata beliau seperti yang dilaporkan dalam Cosmopolitan.com.

“Dalam gambar-gambar terdahulu, saya sama ada akan teruk berjerawat ataupun tampil dengan rambut berwarna hodoh. Jadi untuik kali terakhir ini, saya mahu tampil all out. Biar saya buat apa yang saya mahu: gaya bronzy yang glam,” tambah beliau lagi.

Jadi apa yang dilakukan Kevin untuk gambar akhir tahun yang sempurna? Pertama, jelas dengan identity diri. Beliau mendapat sokongan moral yang menggalakkan daripada komuniti sekolahnya.

Kedua, masa dan kesabaran. Kata Kevin, beliau bangun 4 pagi dan habiskan masa selama 4 jam untuk solekan yang sempurna, dan semuanya berbaloi!

“Matlamat utama saya adalah untuk menggunakan platform ini untuk menggalakkan anak-anak muda zaman kini. It’s normal untuk seorang lelaki bersolek. Saya mahukan pengalaman positif dengan identity saya ini kelihatan normal dan memecah stigma mekap bukan sahaja terhadap lelaki, tetapi juga terhadap identiti dan seksualiti seseorang,” tegas Kevin lagi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my