Fitness

Makan 3 biji telur sehari, badan korang akan…

Oleh  | 

TELUR adalah benda yang paling senang kalau nak masak bila kita malas. Ia juga adalah menu wajib bila nak bersarapan sebab khasiat yang terkandung di dalamnya untuk diet. Tapi apa yang akan terjadi kalau kita makan lebih dari sebiji telur setiap hari? Pernah juga ada beberapa organisasi kesihatan yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tak makan telur dalam kuantiti yang banyak kerana mengandungi kolestrol.

via GIPHY

Nak diikutkan, kalau korang makan apa-apa makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi, hati korang akan berfungsi untuk mengurangkan kadar kolestrol itu secara semula jadi. Jadi, telur yang korang makan sepatutnya tidak akan meningkatkan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan korang. Tapi adakah ia boleh memberi banyak khasiat dan manfaat kalau makan lebih banyak?

Nutrisi

via GIPHY

Kalau nak bercakap tentang nutrisi, telur adalah pilihan yang terbaik sebab ia memberi vitamin A, E, B6, B12, thiamin, riboflavin folate, iron, phosphorous, magnesium, dan banyak lagi. Susah sebenarnya nak jumpa makanan yang ada banyak nutrisi macam telur ni.

Kolestrol

Walaupun ada banyak kontroversi membabitkan jumlah kolestrol dalam telur. Tapi ia sebenarnya mempunyai kadar lipoproteins yang tinggi dan baik untuk badan dan otak. Ia juga memberi kestabilan dalam sel badan korang sehingga boleh menghasilkan vitamin D. Kalau nak kawal tahap kolestrol pastikan korang pergi bersenam, makan sayuran dan berhenti merokok.

Pandangan mata korang lebih jelas

via GIPHY

Telur memiliki lutein dan zeaxanthin yang penting untuk penglihatan korang. Ia juga mengurangkan risiko untuk menjadi buta di usia tua. Baik untuk otot-otot, biji telur dah boleh memberikan tubuh badan korang protein yang menyamai 1 hidangan daging bebas lemak. Ingat, jangan lupa makan kuning telur sekali sebab separuh daripada sumber ptotein yang ada pada telur datangnya dari kuning telur. Makan lebih banyak telur boleh membuatkan korang mendapat otot yang lebih baik dan jimat!

Kurangkan berat badan

Mengikut kajian yang dijalankan American College of Nutrition dan Journal of Obesity International menyatakan makan telur semasa sarapan boleh mengurangi jumlah makan korang pada hari itu. Jadi, kalau sarapan pagi korang dah makan telur. Mungkin tengah hari itu korang dah tak rasa macam nak makan lagi. Korang hanya perlu makan buah sahaja.

Jadi lepas ni, korang tak payah ragu. Silakan makan telur. Tapi kalau tak nak bosan, boleh je korang cuba buat menu lain. Saja nak tukar-tukar selera, kan? Apa salahnya.

Sumber: Daily health Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my