Kolaborasi

Makan ayam tak menyihatkan, siapa kata?

Oleh  | 

SESETENGAH orang yang sedang dalam diet selalu elak untuk makan ayam kerana menganggap menu yang ada ayam tak berkhasiat dan tak boleh disentuh langsung. Ini tanggapan yang sangat salah sebab sebenarnya ada banyak menu ayam yang sihat tetapi dalam masa yang sama sedap!

Ini dia menu yang boleh kamu cuba.

Sup Ayam

FOTO: Lobak Merah

Sup ayam antara juadah yang sangat mudah untuk untuk disediakan. Ini kerana sup dibuat dengan merenehkan semua bahan bersama. Sup ayam juga tidak menggunakan minyak dan rempah-ratus yang mempunyai khasiat yang tersendiri.

 

Tomyam Putih

FOTO: Cikza

Tomyam putih juga antara juadah yang berkhasiat tetapi sedap dalam masa yang sama, sesuai untuk mereka yang meminati masakan Thailand. Masakan ini juga tidak perlukan minyak, kerana semua bahan-bahannya direbuskan sehingga mendidih. Kamu boleh tambahkan varasi lauk di dalam tomyam sama ada makanan laut atau ayam. Hidangan ayam di dalam tomyam memang menyihatkan kerana tidak melibatkan penggorengan.

 

Kacang pea kukus bersama ayam

Makanan yang dimasak kukus memang baik untuk kesihatan kerana nutrisinya masih terpelihara. Orang yang sedang dalam diet memang digalakkan makan lebih sayur-sayuran. Jadi, menu ini sangatlah ideal untuk kamu yang mahu kekalkan bentuk badan atau mahu kurus, kerana sayur-sayuran serta ayamnya dimasak kukus.

 

Ayam kukus pandan berkunyit

Menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah didapati, ayam kukus pandang berkunyit sangat mudah disediakan. Hanya perlu gaul ayam bersama bawang putih dan halia ditumbuk halus dan dibalut dengan daun pandan dan dikukus selama 7 hingga 10 minit sahaja.

 

Ayam panggang

Ayam panggang juga antara menu yang tidak menggunakan minyak. Hanya lumurkan dengan perasa atau rempah yang dimahukan, ayam yang dipanggang tidak akan menghilangkan khasiatnya malah sama sedap seperti digoreng atau digril.

Kalau kamu kesuntukan masa untuk panggang ayam sendiri, kamu juga boleh cuba ayam panggang di restoran lain pilihan kamu sendiri. Atau mungkin tawaran hebat di Superdeals ini untuk kamu?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my