Diri Dhia

Makan coklat dapat jaga kesihatan jantung?

Oleh  | 

NAK maniskan senyuman? Atau hilangkan stres setelah bergaduh dengan kekasih hati? Makanlah coklat, kata orang. Kamu akan lebih tenang selepas itu. Makan coklat dapat merangsang hormon endorfin yang dapat memangkin kegembiraan dalam diri. Kajian terbaharu juga menunjukkan makan coklat dapat membantu menyihatkan jantung anda. Benarkah begitu?

via GIPHY

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Heart, penggemar coklat berisiko rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular atau strok berbanding mereka yang tidak makan coklat.

Jadi, apa kelebihan yang ada pada coklat yang boleh menyelamatkan jantung kamu?

Tanpa gula dan susu, coklat diperbuat daripada biji koko. Biji koko ialah bahan bioaktif yang sebenarnya memberi khasiat yang diperlukan oleh seseorang individu.

via GIPHY

Polifenol, kandungan di dalam biji koko dapat melindungi jantung daripada sebarang penyakit. “Kandungan tersebut mampu melancarkan saluran darah di dalam badan,” kata Dariush Mozaffararian, dekan di Friendman School of Nutrition Science and Policy di Tufts University.

Pendek kata, coklat memang menyihatkan, cuma kamu perlu fikirkan juga, jika berlebihan, pengambilan coklat akan juga akan menyebabkan kencing manis dan obesiti.

Jadi, makan coklat secara terkawal ya!

 

Sumber: NPR

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my