D-Life

Makan satu hari RM10, gadis ini beri tips berjimat cermat

Oleh  | 

Kali ini seorang pengguna twitter telah berkongsi tentang tips untuk berjimat cermat. Menggunakan nama @HannaShuaib_ di twitter, gadis ini telah membuat satu “thread” tentang cara berjimat-cermat dengan menggunakan RM10 sehari sahaja untuk belanja makan. Hurm, kalau korang lah rasa-rasanya boleh tak spend RM10 sahaja untuk makan? Kalau gadis ini boleh lakukan mesti kita pun boleh buat jugak guys.

“Makan satu hari RM10 sahaja. Caranya, cash kan RM300, tukar duit RM10 dekat mana mana bank. Dan masukkan dalam sampul raya sebanyak 30 keping.”

“i simpan sampul duit tu dalam safety cash box and i letak dalam almari yg berkunci. I akan make sure i ambil satu hari satu sampul. Dan perbelanjaan makan RM10 sahaja sehari”

Menurut gadis ini, dia keluarkan wang tunai sebanyak RM300 dan menukarkannya menjadi RM10 di mana-mana bank. Kemudian, dia memasukkan RM10 dalam sampul raya sebanyak 30 keping. Wow, Dhia pun tak terfikir nak buat macam ni sebelum ini. Ini boleh jadi salah satu cara yang efektif untuk menyimpan duit pada masa yang sama merancang perbelanjaan kita dari awal. So tak akan wujud kes terlebih guna duit belanja dalam bulan tu. Betul tak?

 

FOTO: Twitter @HannaShuaib_

Rata-rata netizen memberi respon yang baik kepada tweet gadis ini. Tweet yang mendapat retweet sebanyak 7.3k dan 5.7 likes ini banyak menyedarkan netizen tentang cara untuk berjimat yang efektif dan betul.

FOTO: Twitter @HannaShuaib_

FOTO: Twitter @HannaShuaib_

FOTO: Twitter @HannaShuaib_

Pada Dhia apa-apa yang korang nak buat pun mesti ada plan yang sistematik supaya mudah untuk kita ikut. Haa, ini cara gadis ini untuk berjimat. Macam mana pula dengan korang? Ayuh kita mulakan amalan menabung semula untuk masa depan. Lets get started!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my