Kolaborasi

Makan seorang diri boleh buat kamu jatuh sakit?

Oleh  | 

KAMU gemar makan seorang diri? Selepas baca artikel ini, nampaknya kamu perlu berjaga-jaga. Percaya atau tidak, makan seorang diri akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kamu. Ini kajian saintifik yang buktikan tau, bukan sekadar cakap-cakap kosong!

Penyelidikan membuktikan makan tanpa teman boleh menyebabkan beberapa masalah seperti depresi, aliran darah ke jantung tersumbat, obesiti dan dan sindrom metabolik seperti diabetes dan darah tinggi.

Wow, bunyinya semacam menakutkan, kan?

via GIPHY

Analisis kaji selidik terhadap 8000 dewasa yang dibuat oleh Oxford Economics and the National Centre for Social Research for Sainsbury’s menunjukkan makan sendirian ada hubung kait dengan ketidakbahagiaan dan juga kesihatan mental yang tidak stabil.

Para pengkaji juga mengenal pasti beberapa faktor yang memainkan peranan, termasuk makan seorang diri mungkin memberi kesan kepada apa dan berapa banyak yang kita makan, juga mood kita.

Haa, sebelum kamu gopoh mahu mencari teman makan, ayuh pergi dengan lebih mendalam.

 

Cenderung makan banyak

Kajian menunjukkan terdapat kesan berbeza antara lelaki dan perempuan yang makan seorang diri. Juga banyak perkara lain yang perlu diambil kira seperti berapa kerap mereka makan seorang diri dan budaya makan yang berbeza untuk setiap negara.

“Sebenarnya agak susah untuk membezakan impak makan seorang diri kepada fizikal, atau setepatnya psikologi, kerana ada banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan iaitu kesepian, tinggal seorang diri dan faktor sosioekonomi” kata Dr Katherine Hanna dari Queensland University of Technology di Australia.

Meskipun banyak kajian yang boleh menghubung kait antara makan sendirian dengan masalah kesihatan, tetapi banyak juga kajian lain yang sebenarnya membuktikan masalah sosial dan kesihatan seseorang yang menyebabkannya makan seorang diri.

via GIPHY

Jika seseorang yang introvert gemar makan seorang diri kerana tiada kawan, itu memang masalah. Kerana seseorang yang makan seorang diri cenderung untuk mengambil makanan dengan kadar yang banyak.

Pendek kata, sama ada makan seorang diri atau makan beramai, jika kita tetap merasa keseorangan, kemungkinan untuk berat badan naik dan mendapat penyakit berbahaya sangat tinggi.

Justeru, pastikan kamu makan seorang diri bukan kerana pilihan peribadi kecuali, hanya jika terpaksa melakukannya.

 

Makan bersama teman-teman

Ajaklah teman-teman, ahli keluarga atau kekasih kamu makan bersama supaya pengambilan makanan kamu lebih terkawal. Lagipun, bukankah makan bersama dapat mengeratkan hubungan dan keakraban?

Selain memasak di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau teman-teman, kamu juga boleh bawa kawan-kawan kamu makan di luar. Pilihlah mana-mana restoran atau warung yang kamu suka. Kamu boleh restoran-restoran Melayu, makanan Jepun atau mungkin juga makan steamboat.

Steamboat misalnya, memang terbukti dapat mengeratkan hubungan dengan seseorang kerana memerlukan kamu dan teman kamu untuk masak semeja. Perlukan kerjasama gitu. Steamboat malah baik juga kesihatan kerana kamu tidak perlu goreng makanan kamu. Jadi, kamu bukan sahaja tidak lagi makan seorang diri, malah dapat jaga kesihatan juga! Kalau kamu bercadang teman kamu makan steamboat hujung minggu ini, klik di sini!

Apa gunanya makan di steamboat mewah kalau kamu berkeseorangan, kan? Rugi pula bayar mahal-mahal tapi makan seorang diri.

FOTO: Syot layar superdeals.com.my

Sumber:  The Guardian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my