Be-You-Ty

Makanan ini boleh gantikan supplement kecantikan? Wajib baca girls!

Oleh  | 

SEPERTI yang kita sedia tahu, suplemen sememangnya sedikit sebanyak membantu kita untuk mendapatkan rambut yang tebal, kulit yang cantik dan kuku yang bersinar. Senang kata suplemen memang sangat diperlukan sebagai rawatan sampingan untuk memastikan tubuh badan kita kekal sihat. Tapi biasalah, kos suplemen sahaja pun boleh tahan mahalnya. Ye lah, kalau nak cantik mana boleh percuma kan.

Namun, sebenarnya ada cara lain yang lebih sederhana untuk memastikan tubuh badan kita kekal sihat tau. Senang kata, ada beberapa makanan yang boleh kita consume dan fungsinya sama sahaja seperti mengambil suplemen. Nak tahu tak apa dia?

Buah kiwi

Buah kiwi mengandungi antioksidan yang membantu untuk menghalang radikal bebas. Buah kiwi sama sahaja fungsinya seperti mengambil vitamin E. Vitamin E kaya dengan oksigen yang membantu melawan kerosakan kulit wajah. Kalau fungsinya sama sahaja seperti consume vitamin E, lebih baik kita makan buah kiwi saja kan? Sedap pun sedap! Yum!

Jeruk

Haa, jangan tak tahu girls. Sebenarnya jeruk mempunyai vitamin C dan vitamin ini memang sangat membantu mencantikkan kulit kita. Vitamin C juga membantu untuk produce kolagen dan menyerap zat besi dengan lebih baik tau. Lepasni tak perlu ikut timing pengambilan suplemen setiap hari. Makan jeruk sambil tengok tv pun boleh dapat vitamin C!

Buah betik 

Buah betik merupakan salah satu buah-buahan yang baik untuk kesihatan kita kerana buah ini mengandungi vitamin C, zat besi, dan magnesium. Buah ini juga kaya dengan kandungan air yang membantu mengekalkan kulit yang lembut, licin dan lembap. Vitamin A dalam betik membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekalkan kulit yang lembut dan gebu. Asid alfa hidroksil di dalamnya membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedut dan garis-garis halus.

So, lepasni dah boleh lah save duit korang untuk beli suplemen. Makan je buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E okay? So apa lagi lets cantik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my