Serious?!

Makanan punca rezeki, Chef Fazley ingatkan nak buat ‘food review’ biar berpada-pada

Oleh  | 

CHEF selebriti Datuk Fazley mengingatkan orang ramai agar menggunakan kata-kata yang sopan dan santun dalam memberikan kritikan terutamanya apabila ia berkaitan dengan makanan.

Dalam satu kapsyen di Instagram, pemilik restoran SukaSucre Bistro itu menegaskan bahawa makanan adalah rezeki bersama. Ia menjadi punca rezeki orang yang menjual dan rezeki orang yang membeli.

“Hormatilah makanan yang di panggil ‘rezeki’ itu. Kalau tak sedap, diam atau berikan kritikan membina bukan sampai menghina dan menjatuhkan air muka seseorang.

“Kalau sedap maka puji lah agar lebih ramai yang datang mencuba. Apabila dikritik secara berhemah, saya pasti hampir setiap penjual akan cuba berusaha untuk memperbaiki makanan mereka,” katanya.

Netizen sokong Dr Fazley

Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang dikatakan Dr Fazley. Bukan apa, ye lah, tekak manusia ni kan lain-lain. Kadang orang lain rasa sedap. Kita pula rasa tak sedap. Apapun, tegurkan dengan kritikan membina dan bukannya menjatuhkan sesama kita.

Datuk Fazley berkata demikian berikutan insiden seorang jutawan kosmetik JenamaSendiri.com, Dr Amin yang sebelum ini menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa membuat ulasan makanan di sebuah kedai makan.

BACA: “Aku berani untuk berdiri demi ayah aku.” Anak peniaga mohon tularkan jutawan kosmetik

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my