D-Life

Malas kerja lepas cuti panjang? Meh sini sis tolong

Oleh  | 

KALAU hujung tahun lepas korang dah bercuti merata-rata tempat sempena Krismas dan Tahun Baru. Memang liat betul nak kembali bekerja.

Mungkin tak semua orang merasai perkara ini. Tapi kalau korang terdiri daripada golongan yang malas nak kembali ke pejabat lepas bercuti, meh sis payung solusi nak buat korang kembali produktif.

Ambil masa

via GIPHY

Bila korang pergi ke suatu tempat dan bercuti lama. Cuba ambil masa sehari dua untuk berehat sebelum masuk bekerja seperti biasa. Gunakan hari itu untuk membuat persiapan fizikal dan mental. Itu juga adalah masa yang sesuai untuk korang kemas rumah dan bersantai. Jika tidak, korang akan cepat berasa letih untuk bekerja.

Rancang dan jangan terburu-buru

via GIPHY

Bila korang dah kembali ke pejabat. Jangan terburu-buru melakukan kerja. Buat to-do-list supaya korang akan lebih teratur untuk menyelesaikan pekerjaan. Fokus kepada kerja yang memerlukan ia diselesaikan secara segera.

Bawa cenderhati

via GIPHY

Menurut Profesor Psikologi Sonja Lyubomirsky dari University of California, di dalam bukunya “Mitos-Mitos Kebahagiaan” menyatakan  menenangkan diri dengan melihat barang atau apa-apa yang mengingatkan kita dengan memori semasa bercuti akan memberikan perasaan senang luar biasa.

Contohnya bau-bauan seperti essential oil dari beberapa tempat di seluruh dunia. Cara ini boleh mengembalikan rasa dan aura positif sepanjang hari.

Bercakap dengan orang lain

via GIPHY

Bila orang tahu yang korang pergi bercuti melalui gambar-gambar Instagram. Mulalah mereka akan bertanya pengalaman. Bercakaplah dengan mereka apa yang korang rasa dan aktiviti korang. Kalau tak nak dianggap sombong. Korang tanyalah pula tempat percutian yang kawan korang plan nak pergi. Bercakap tentang tempat-tempat menarik akan membuat korang melihat dunia dengan lebih besar.

‘Take 5’

via GIPHY

Kerja korang mungkin akan banyak berkali ganda memandangkan korang pergi bercuti dalam tempoh yang lama. Korang mungkin akan rasa sangat letih. Jadi, jangan lupa untuk ‘take 5’ setiap satu jam. Selesaikan dahulu mana yang termampu. Sikit-sikit lama kelamaan akan jadi bukit. Kan?

Okeylah, cubalah cara yang kami cadangkan ini. Selamat kembali mencari rezeki kawan-kawan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my