Inspirasi Dhia

Malu tapi mahu: 7 tanda korang mungkin ‘ambivert’

Oleh  | 

ORANG sekeliling selalu menganggap kamu ekstrovert; kamu sering menjadi titik perhatian kalau ke acara keramaian, tetapi hakikatnya kamu suka menyendiri di rumah, buat hal kamu sendiri seperti membaca buku atau tidur sepanjang hari.

Atau mungkinkah kamu seseorang yang biasa sendirian, buat apa-apa aktiviti pun mesti sorang saja. Tetapi jauh di sudut hati kamu, kamu mahu berkawan-kawan, sertai parti dan sebagainya. Tetapi kamu malu.

Habis, kamu karakter yang bagaimana sebenarnya? Ada kemungkinan kamu manusia hibrid; kamu dua dalam satu. Ekstrovert dan introvert dalam masa yang sama. Gelar lain, kamu seorang ambivert.

Ayuh baca tanda-tanda, kamu mungkin seorang ambivert.

 

Kamu nampak pendiam, tapi sebenarnya kamu mahu juga berbual

Image result for ambivert

FOTO: Daily Times

Kamu sebenarnya ada banyak benda yang kamu bualkan, tetapi kamu selalu merasakan topic tersebut tak menarik perhatian orang. Jadi kamu lebih banyak mendengar orang berbual, malah kamu sukakan perbualan tersebut.

 

Hanya sebab kamu suka berada dalam keramaian, tak bermaksud kamu mahu berbual dengan semua orang

Berbual sebenarnya memakan banyak tenaga. Pada kamu, berada dengan orang yang banyak pun kamu sudah seronok.

 

Kamu suka hang out dengan teman-teman kamu, tetapi cukup dua tiga orang

Lepak berdua atau bertiga dah cukup untuk kamu. Kamu menganggap keluar berdua atau bertiga boleh buat kamu mengenali seseorang.

Kamu selalu tak balas SMS atau Whatsapp dari kawan-kawan kerana kamu memang sejenis malas nak balas teks

Bukanlah kerana kamu terganggu, tetapi pada kamu hidup kamu sudah dikelilingi banyak orang. Pada kamu berbual seharian sahaja sudah cukup, tidak perlu lagi SMS atau Whatsapp.

Kamu suka bertemu orang baru, tapi tak suka pertemuan yang mendadak

Bertemu orang sebenarnya sangat memenatkan. Jadi kamu harus mempersiapkan diri kamu.

Kamu suka berbual, tetapi setelah kamu sudah berbual, kamu akan diam seharian

Setelah banyak berbual, kamu akan mendiamkan diri untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Kamu akan mengambil masa untuk mengumpulkan kembali tenaga kamu yang hilang.

Kamu bukan jenis yang suka menyendiri, tetapi kamu perlukan masa untuk diri sendiri

Kamu seorang yang sangat susah mahu seimbangkan masa untuk kawan-kawan dan diri sendiri, tetapi kadang-kadang kamu memang mahukan masa dengan diri sendiri.

 

Sumber:  IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my