Serious?!

Mangsa COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan tambahan kes baharu

Oleh  | 

GELOMBANG kedua wabak Coronavirus kini terus membawa peningkatan terhadap kes jangkitan. Hal ini boleh dilihat apabila 10 lagi jangkitan baharu disahkan positif virus itu.

Hal ini menyebabkan jumlah peningkatan kes COVID -19 di Malaysia sebanyak 93 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kesemua kes yang baharu itu adalah berpunca daripada ‘close-contact’ daripada kes yang ke 33.

via GIPHY

 

Pesakit yang dikesan sudah dimasukkan ke hospital bagi sesi kuarantin dijalankan serta rawatan berikutnya.

Tambahan pula beliau berkata sebanyak 132  ‘close-contact’  berkait dengan kes tersebut dan 18 daripada disahkan positif dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan.

Selain dari itu, 38 kes yang disahkan ‘close-contact’ negatif diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian di rumah masing-masing selama tempoh 14 hari.

via GIPHY

Di samping itu, 76 kes kontak rapat masih lagi belum menerima keputusan makmal akan tetapi kesemuanya dilaporkan sihat serta diletakkan di bawah arahan pengawasan lanjut.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan dan pengesanan ‘close-contact’ bertujuan mengenal pasti punca jangkitan.

Kes COVID-19 yang ke 78 dilaporkan mempunyai sejarah ke Indonesia selama satu minggu bermula 13 sehingga 19 Februari lepas.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my