D-Life

“Manusia bukan mesin” apa yang buat ahli psikologi cakap macam ni?

Oleh  | 

ADA orang yang memang tidak senang duduk kalau bersendirian. Pasti ada sahaja perancangan yang dibuat bagi memastikan masanya meriah termasuklah memaksa kawan-kawan untuk keluar. Tak kisahlah ke pawagan atau pergi minum. Asalkan mereka tidak melakukan aktiviti tersebut bersendirian.

Ha, janganlah begitu. Berikan ruang juga untuk diri kita lakukan bersendirian. Ini kerana, menurut pakar perhubungan, David Bennet menyatakan masa terluang ialah waktu yang diuruskan dan diperuntukkan untuk diri sendiri. Bukan orang lain.

Kalau kamu nak tahu, cara seseorang itu mengisi dan mewarnai hidupnya adalah berbeza mengikut kepada citarasa serta gaya hidup seseorang.

via GIPHY

Menurut Jamie Gruman yang juga ahli psikologi dari Kanada menyatakan “me-time” sangat diperlukan bagi memberi peluang kepada diri untuk memaksimumkan hari secara efektif.

Cara nak menggunakan masa dengan efektif ialah dengan melakukan meditasi selama 5 minit atau berjalan 10 minit dan membaca buku selama 15 minit.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, Gruman juga menyarakan agar kita meluangkan masa untuk bersantai untuk mengumpulkan kembali energi.

“Manusia bukan mesin. Kita tak boleh berterusan dan selalu aktif. Kita memerlukan rehat  untuk mendapatkan kehidupan yang sihat, lengkap dan sejahtera”. katanya.

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my