Kolaborasi

Masa graduasi dah tiba! Apa agak-agaknya hadiah nak beli ya?

Oleh  | 

BILA dah dekat hujung tahun ini mulalah penuh jadual dengan program graduasi. Ini adalah acara gilang-gemilang yang akan diingati  setelah penat lelah graduan dekat luar sana  berhempas-pulas menghabiskan masa-masa di univerisiti. Ah seronoknya zaman belajar!

Kalau ada kawan-kawan atau senior kamu yang akan ambil skrol pengajian dekat nanti, mesti kamu terfikir apa agaknya barang yang sesuai untuk kamu berikan kepada mereka.

Okay tak payah pening-pening, mari kami kongsikan antara hadiah musim graduasi ini agar yang menerima itu jatuh terduduk sebab terharu.

Bunga

via GIPHY

Ini memang wajib setiap kali musim graduasi. Tengok saja dekat depan dewan berlambak-lambak  khemah jual pelbagai jenis bunga. Dari bunga mawar, tulip, dan matahari semuanya digubah pelbagai jenis dan harga berlainan.

Coklat

via GIPHY

Kalau ada bunga, haruslah ada coklatnya. Kalau kawan kamu itu tidak gemarkan bunga, ini adalah option lain yang boleh kamu fikirkan. Nak lagi sweet? Apa kata kamu buatkan kad DIY sebelum serahkan kepada kawan kamu itu. Karanglah ayat menyentuh perasaan sikit. Kalau susah sangat ambil sahaja lirik lagu

Brokoli

via GIPHY

Jangan tak tahu , zaman sekarang semua dah makin kreatif. Tak perlu bunga dan coklat, kini ada juga yang berikan sayuran seperti brokoli. Eloklah sangatlah mengingatkan kawan kamu untuk makan sihat sebab dah makin berusia. Bawa-bawalah diri sendiri belajar makan sayur.

Buku

via GIPHY

Okey ini sesuai sangat kepada mereka yang meraikan ilmu dan sukakan intelektual. Pasti si penerima merupakan graduan kelas pertama dan bukan calang-calang. Di muka hadapan buku itu kamu boleh tuliskan kata-kata semangat untuknya. Buku itu pula boleh dibaca berulang-ulang.

Durian

via GIPHY

Ha,  jangan tak tahu. Buah-buahan pun menjadi pilihan musim graduasi ini. Kalau kawan-kawan kamu sejenis hantu buah-buahan, elok juga hadiahkan durian, rambutan atau pisang kepadanya. Harga pun tidaklah mahal mana kan?

Ayam goreng

via GIPHY

Ok ini satu lagi hadiah menarik. Kalau kawan kamu tak suka bunga, hadiahkan dia sejambak  ayam goreng. Biar dia menikmatinya bagai tiada hari esok. Tapi kalau susah sangat, apa kata kamu bawa dia  ke restoran. Pada masa yang sama kamu boleh luangkan sikit masa. Itu pun dikira sebagai hadiah tau.

Mungkin kamu baru saja kerja, jadi kewangan pun masih sedu sedan dan tak berapa nak kukuh. Pilihlah tempat yang sedap tapi menawarkan harga yang murah macam ini.

Jangan cakap kakak tak payung! selamat bergraduasi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my