Serious?!

Masa ni lah jimat korang nak isi minyak kereta!

Oleh  | 

SIS menyeru semua pemandu-pemandu berkenaan! Ha ini ada berita baik yang sis nak kongsikan kepada korang dimana waktu inilah masanya untuk korang isi minyak!

Sis menyeru ni bukan sebab contest ke apa ye, tapi disebabkan harga minyak RON 95 turun sebanyak 19 sen! Ha masa ini lah peluang baik untuk korang berjimat duit minyak.

via GIPHY

Minyak RON 95 kini menjadi RM1.89 seliter dan pengguna minyak RON 97 jangan kecewa dulu. Sis pun ada good news jugak untuk korang.

Minyak RON 97 turun sebanyak 21 sen dimana kini di harga RM 2.19 sen seliter. Brader-brader lori juga tidak dilupakan ya dimana minyak diesel pula menurun 17 sen menjadikan harga RM 1.96 sen seliter.

via GIPHY

Pastikan korang mengisi minyak bermula tengah malam ini sehingga 13 Mac. Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada hari ini.

via GIPHY

Ini adalah waktu yang sesuai untuk korang mengisi minyak kereta, lori dan motor sampai penuh!

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my