D-Life

Masalah kembung perut? Cuba amalkan ini

Oleh  | 

Kembung perut disebabkan oleh angin yang berlebihan di dalam perut kita mungkin disebabkan kurang makan ataupun banyak makan makanan yang berangin.

Bila korang tak makan sepanjang hari ianya menyebabkan perut korang masuk angina sebab korang tak ada alas perut dengan sebarang makanan.

Selain itu bila korang makan makanan berangin seperti pulut pun boleh menyebabkan korang punya perut jadi tak selesa sebab ada angina berlebihan dalam perut. So harini sis nak kongsi dekat korang 5 makanan yang boleh melegakan kembung perut korang tu.

Air Lemon

Minum air lemon suam dapat membantu mengurangkan angin dalam badan. Selain itu ianya juga dapat mengurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan sebabnya lemon ini bersifat diuretic semula jadi dan laksatif yang lembut.

Tembikai

Tembikai juga mempunyai sifat diuretic semula jadi yang membantu sistem penghadaman dalam perut korang. Selain itu tembikai mempunyai sumber natrium dan kalium yang dapat membantu dalam mengawal kembung perut.

Halia

Halia adalah jenis makanan yang paling banyak digunakan untuk mengatasi masalah angin. Halia mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria dan ianya membantu dalam masalah kembung perut.

Halia dapat memberi kesan relaks terhadap usus kecil dan mengurangkan radang dalam usus besar. Jadi ianya banyak membantu dalam proses penghadaman. Biasanya untuk hilangkan kembung perut, minum teh yang dicampurkan halia.

Pisang

Pisang adalah jenis buah yang membantu dalam proses penghadaman kerana kandungan kalium yang agak tinggi. Ianya mengurangkan risiko sembelit dan mengurangkan angin dalam badan. Jadi ianya elok dimakan buat alas perut ataupun bila korang terlambat boleh lah korang makan pisang dulu.

Bawang Putih

Bawang putih adalah makanan yang penuh dengan khasiat dan semestinya dapat membantu dalam mengurangkan masalah kembung perut.

Untuk mendapatkan zat dan keberkesanan bawang putih ini mestilah dimakan berasingan dan bukannya makan bawang yang dicampur sekali dengan makanan. Mungkin korang boleh cuba sup bawang putih ataupun makan bawang goreng ataupun korang bakar bawang tersebut. Ikut mana yang korang prefer la.

Semoga lepas ni korang jaga perut korang tu elok-elok ye.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my