Inspirasi Dhia

Masanya telah tiba, lepaskanlah masa lalumu perlahan…

Oleh  | 

TIADA siapa yang suka terperangkap dalam ketakutan lantaran kegagalan yang pernah dilaluinya. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Jika kita belum  menerima  kekecewaan lantaran yang kita usahakan tidak menjadi seperti yang diinginkan. Kita akan terbawa-bawa perasaan kecewa itu di masa hadapan tanpa kita sedari. Ia akan mendorong kamu untuk tidak percaya diri dan tidak mudah berputus asa.

Jadi, untuk memastikan kamu tidak terbawa-bawa perasaan itu, kamu perlu berdamai dengan masa lalu kamu walaupun penuh kekecewaan.

FOTO: Unsplash

Tak mengapa untuk kamu berubah fikiran

Jika kamu pernah berkali-kali gagal, pasti kamu terfikir untuk menggunakan cara yang lain dan sedikit berlainan berbanding daripada apa yang kamu biasa lakukan. Tidak mengapa jika kamu berasa ragu terhadap apa yang kamu percaya sebelum ini. Kamu boleh berubah fikiran dan merencanakan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini.

 

Jangan terlalu risau dengan masa depan

via GIPHY

Menjadi terlalu risau tentang masa hadapan tidak akan memberikan kamu apa-apa penyelesaian. Kamu boleh mengambil berat terhadap masa depan namun jangan sampai kamu terlalu cemas sehingga menyebabkan kamu tidak sempat untuk menikmati apa yang kamu miliki sekarang. Kamu hanya perlu menyakini bahawa hidup adalah sebuah proses yang memerlukan cabaran. Semua itu akan membantu kamu untuk menjadi lebih dewasa.

Jangan terlalu bertegas dengan diri sendiri

via GIPHY

Kegagalan yang kamu lalui adalah sifat seorang manusia. Jangan terlalu bertegas kepada diri kamu dan mengangap bahawa kamu dilahirkan untuk gagal. Peluklah diri kamu dan yakinilah bahawa tidak mengapa untuk gagal kerana itu adalah cabaran jika ingin mencuba sesuatu yang baharu.

Jadi, marilah kita menerima kegagalan sebagai batu loncatan untuk kita bangun dengan semangat yang baharu dan jalan terus!

Sumber: Wikihow

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my