Serious?!

Masih berdegil, peniaga langgar Perintah Kawalan Pergerakan!

Oleh  | 

DEGIL! Tidak hirau akan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuatkuasa pada 18 Mac, masih ada lagi yang yang menjalankan peniagaan sejurus meningkatkan risiko Coronavirus untuk berleluasa!

Lebih kurang 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom terus berdegil menjalankan peniagaan seperti biasa.

Satu video penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengarahkan kaawasan tersebut dikosongkan dan menghentikan aktiviti jual beli menggunakan pembesar suara viral di social media.

Mengikut sumber, Yang Dipertua MPKL, Mohammad Zain A Hamid berkata sepasukan penguatkuasa MPKL mendapati keadaan tersebut masih berjalan seperti biasa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Setelah diberi arahan secara lisan, barulah para peniaga mengambil masa setengah jam untuk mengemas dan menutup peniagaan masing-masing.

Jika perniagaan masih berjalan seperti biasa pada hari seterusnya, notis ingkar arahan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dan kertas siasatan akan dijalankan bagi pendakwaan mengikut seksyen 24 (a) Akta 342. Walaubagaimanapun pihak polis lebih berkuasa kerana ia adalah di atas perintah Akta Polis 1967 digunapakai.

Pasar tersebut dikatakan sempat beroperasi selama satu jam sebelum arahan ditutup dengan kadar segera di berikan. Perkara ini berlaku kerana kedegilan peniaga untuk mematuhi arahan dan bukan kerana kegagalan pihak berkuasa.

Semua agensi terbabit akan sentiasa memantau keadaan ini dan langkah pencegahan adalah wajib dipatuhi oleh semua pihak.

Kenapa susah sangat sebahagian rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan ini? Mengapakah masih lagi mahu meletakkan risiko COVID-19 dalam waktu begini? Takkan nak kena batang hidung sendiri baru nak reti bahasa? Sepatutnya waktu inilah kita sama-sama membantu mengawal penularan virus ini kerana ia MEMBABITKAN NYAWA!

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my