DhiaLova

Masih ‘single’? Ini sebab kenapa kamu masih tidak punya kekasih

Oleh  | 

“APA dah jadi? Sampai sekarang tak kahwin lagi?”

Bukan main bertubi-tubi lagi soalan mengapa kamu belum berpunya ditanyakan oleh orang sekeliling. Kawan kamu pula satu per satu menamatkan zaman bujangnya. Jiran sebelah rumah kamu pun sudah mempunyai kekasih baru. Namun kamu tetap begitu, solo sentiasa.

Menemukan seorang tambatan hati bukanlah mudah. Kamu tidak perlu terburu-buru untuk mencari siapakah yang terbaik untuk menjadi pendamping kamu hingga ke akhir usia.

Namun, jika kamu sudah semakin berusia namun masih tiada siapa yang berminat kepada kamu. Pasti kamu tertanya-tanya sebabnya. Apa kata kamu cuba perhatikan beberapa perkara ini.

Senyum sikit

via GIPHY

Mungkin kamu mempunyai personaliti diri yang tidak menyerlah. Mana tidaknya, kamu selalu berdiam diri dan mempunyai riak wajah yang masam hingga takut didekati oleh orang sekeliling. Apa kata kamu mulakan dengan memberikan senyuman kepada mereka disekeliling kamu. Mana tahu senyuman kamu itu begitu manis sehingga membuatkan seseorang jatuh hati kepada kamu!

Ubah penampilan

via GIPHY

Untuk menaklukkan hati seseorang, kamu perlulah kelihatan kemas sentiasa agar sejuk mata memandang. Walaupun kamu peminat selendang jenis fringe arab kerana ia tidak perlu digosok. Namun, apa kata sesekali kamu bertukar angin dengan menggayakan selendang kamu dengan cara berbeza. Kamu perlulah konsisten untuk memperbaiki penampilan kamu. Penampilan kemas dan selesa juga dapat menambah keyakinan kepada kamu untuk berhadapan dengan orang lain.

Luaskan pergaulan

via GIPHY

Mungkin kenalan di sekeliling kamu tidak ramai. Maka kenalan dan rakan-rakan kamu sangat terbatas. Apa kata kamu keluar dari zon nselesa dan luaskan kenalan kamu dengan menyertai badan kebajikan serta melakukan kerja amal. Kamu juga boleh menyertai kumpulan pendaki gunung jika kamu berminat. Mana tahu, kamu mungkin menemui si dia di sana.

 

First move? Kenapa tidak?

via GIPHY

Istilah perigi cari timba sudah tidak boleh digunakan lagi di zaman sekarang. Jika kamu berminat dengan seorang jejaka. Kamu boleh mula bertanya kawan-kawan terdekatnya sama ada dia sudah berpunya atau belum. Jika kamu mahu informasi yang lepas pantas, apa kata kamu intai media sosial miliknya. Kalau kamu sudah yakin dia belum berpunya, kamu berterus terang sahaja kepadanya. Mana tahu dia sebenarnya mempunyai perasaan terhadap kamu. Cuma belum mempunyai keberanian untuk meluahkan.

Memberi dan menerima

via GIPHY

Jika seseorang tertarik dan ingin mempunyai hubungan yang lebih serius dengan kamu. Kamu kena bersedia untuk bertolak ansur dalam menerima kekurangan dan kelebihan si dia. Pola hidup kamu akan berubah berbanding semasa kamu masih single. Kamu tidak boleh mementingkan diri sendiri di samping matang dalam membuat keputusan terutama semasa kamu menghadapi konflik.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my