Kolaborasi

Mat Lutfi, Arlina bergabung perjelas isu ‘Victim Blaming’ dalam masyarakat

Oleh  | 

KALAU kita nak bercakap tentang ‘Victim Blaming’, memang  banyak sangat terjadi dalam masyarakat kita. Kalau sesiapa yang masih tertanya-tanya apa benda sebenarnya Victim Blaming ni? Ia adalah keadaan di mana mangsa akan dipersalahkan berbanding pemangsa dalam sesuatu masalah yang terjadi.

Jadi, untuk kali ini, bersama Mat Lutfi dan Arlina Banan mengupas tentang tajuk ini dengan gaya yang begitu santai sekali. Di mana lagi, kalau bukan di siri Sembang Barai podcast Ais Kacang.

Dalam sesi kali ini, Arlina memberi contoh situasi Victim Blaming seperti  apabila terjadinya kes ragut, orang akan cederung menyalahkan mangsa seperti tidak membawa beg dengan cara yang selamat berbanding mneyalahkan peragut yang mengambil beg wanita itu.

Antara situasi lain yang diketengahkan Arlina ialah jenayah rogol. Orang akan menyalahkan gadis berkenaan yang  memakai skirt. Padahal, stastistik menunjukkan  majoriti wanita dirogol oleh seseorang yang mereka kenali seperti di dalam rumah.

Untuk memahami kemelut ini, Mat Lufti tampil dengan memberi cadangan untuk memahami perbezaan antara ‘menyalahkan mangsa’ dengan memahami ‘faktor penyumbang’ kepada masalah.

“Penyumbang ni ada banyak. Contohnya bagi kes ragut, antara benda yang menyumbang kepada terjadinya ragut ialah apabila seseorang wanita memakai gelang dekat tangan. Manakala mamat yang meragut mangsa pula mengalami tekanan duit akibat faktor ekonomi seterusnya menyebabkan dia terjebak dalam kepada kes ragut.

“Dalam kes melibatkan rogol, orang akan menyalahkan pakaian. Namun perogol tetap orang yang bersalah kerana melakukan aksi jenayah itu.” ulas Mat Lutfi.

Maka, dalam debat antara polemik ‘menyumbang’ dan ‘bersalah’, kita harus tengok kepada perbuatan orang yang melakukan  jenayah itu.

Kesalahan tetap sebuah kesalahan walau seribu orang berkata ia tiada apa-apa. Pembohongan tetap sebuah kebohongan walau seribu orang percaya ia adalah kebenaran.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my