Be-You-Ty

Mata dah macam panda? Ini cara nak singkirkan ‘mata panda’

Oleh  | 

BILA korang busy, kadang-kadang tak cukup tidur atau rehat sampai timbulnya kesan yang agak kehitaman pada bawah mata.

Kesan hitam dibawah mata ni memang dah menjadi musuh pada kebanyakkan manusia. Kadang-kadang bila korang dapatkan rehat yang cukup pun belum tentu hilang sepenuhnya!

Sis faham kita perempuan ni, kalau boleh nak sentiasa kekal cantik. Macam-macam eye serum  dah cuba tapi hasilnya sama jugak.

Jadi jangan risau, meh sis bagitahu apa yang patut korang boleh buat.

Ketahui punca

Kebiasaannya dark cirlce ni berpunca daripada tiga perkara iaitu genetik, cara hidup dan poor circulation. Kadang kala, ada mindividu yang mempunyai kulit yang nipis yang menyebabkan darah yang terkumpul dapat terlihat pada wajah.

Bukan itu sahaja, cara hidup juga merupakan pemilihan yang penting dalam mengawal dark circle ni. Bergantung juga pada waktu tidur,permakanan dan rehat yang tidak cukup, alahan dan alcohol.

 Dapatkan tidur yang baik

Mendapatkan tidur yang baik merupakan satu perkara penting dalam mengawal situasi ini. Korang tahu tak kalau korang tidur dengan bantal yang terlalu leper, pengumpulan darah akan berlaku pada keliling mata.

Jadi apa yang korang boleh buat adalah, cuba dapatkan tidur yang lena dengan menambah bantal pada bahagian belakang badan.

Kurangkan makan masin

Korang tahu tak sebenarnya pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyumbang pada dark circle? Jadi kurangkan pengambilan garam dan makanan yang masin supaya mata korang agar kelihatan lebih kurang penat.

Jauhi dehidrasi

Jika badan korang kekurangan air korang akan merasa badan cepat letih dan muka korang naik kusam. Jadi pastikan korang minum air yang banyak  supaya kulit korang akan kelihatan lebih baik. 

At least, cuba habiskan dua liter sehari ya!

Minyak Almond

 

Minyak ini mempunyai kelebihan dalam mengawal masalah ini dan korang tahu tak sebenarya ia kaya dengan vitamin E dan K yang mampu membantu mengurangkan kesan hitam pada bawah mata.

Apa yang korang boleh buat adalah, urutkan minyak tersebut pada bawah mata pada setiap malam sebelum tidur.

 

Kentang

Kentang merupakan satu bahan organik yang kaya dengan vitamin A dan C yang mempunyai kebolehan untuk menghilangkan kesan kusam tersebut dan mengekalkan hidrasi.

Apa yang korang boleh cuba adalah dapatkan jus kentang yang dihancurkan dan campurkan dengan sedikit madu dan boleh letak pada bawah mata tu selama 15-30 minit dan lapkan dengan towel yang lembab.

Cuba korang amalkan pada setipa hari dan pasti berkurangan! Selamat mencuba!

Sumber: Hudabeauty

 

Korang dah check out HERMO? Ada sale guys!

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Pinggul curvy ! 5 teknik berkesan untuk pinggul yang curvy

5 cara murah menghilangkan selulit pada punggung dan peha

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my