Serious?!

Mayat Sulli, bekas kumpulan f(x) ditemui di tingkat dua

Oleh  | 

SESIAPA yang mengikuti perkembangan dunia hiburan Korea pasti mengenali gadis bernama Sulli bekas ahli kumpuan f(x). Sulli mula menempa nama dan menjadi perhatian orang ramai kerana wajahnya yang comel apalagi sewaktu dia tersenyum.

Sejak kecil lagi Sulli sebenarnya sudah muka berkecimpung dalam bidang lakonan. Dia kemudian melebarkan sayapnya dengan meninggalkan kumpulan f(x) dan hidup sebagai idola. Sulli dilihat banyak menjadi model, jurucakap jenama terkenal dan pengacara.

Berita sedih kematian Sulli yang diterima baru-baru ini ternyata mengejutkan banyak pihak. Mayatnya dijumpai oleh pengurusnya sendiri di kediamannya iaitu di Seongnam, Seoul.

Pihak polis telah pun mengesahkan berita buruk ini. Drama terbaharu yang dibintangi artis itu sebelum meninggal ialah Hotel del Luna. Ura-ura mengatakan artis itu mati bunuh diri. Namun, punca kematian Sulli yang sebenarnya  masih belum dapat dipastikan.

Namun, ada juga peminat yang memuat naik sebuah video di lama Youtube mengatakan ia adalah video pelakon itu beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

Sumber: Kimchidaily

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my