Serious?!

Mekdi Bukit Bintang tukar ejaan, ‘cool’ gila la wei!

Oleh  | 

JANGAN pelik kalau korang pergi restoran makanan segera McDonald’s bertukar ejaan kepada Mekdi.

Kalau korang nak tahu, ejaan restoran itu ditukar kepada ejaan Bahasa Melayu sempena meraikan Merdeka dan Hari Malaysia tanah air kita yang tercinta ini.

Benda ni bersejarah betul sebab untuk pengetahuan korang, McD dekat bukit bintang ini ialah restauran McD pertama yang dibuka di Malaysia pada tahun 1982! Wow!

via GIPHY

Sejak 37 tahun yang lalu, rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada keuntungan syarikat makanan segera itu. Maka, syarikat itu telah menukar ejaan nama restoran ini kepada ejaan yang lebih friendly iaitu Mekdi!

via GIPHY

Sempena bulan kemerdekaan ini juga, McD telah memperkenalkan nasi lemak versi McD sesuai dengan hidangan popular untuk rakyat Malaysia macam kita semua.

Eh, eh, eh, bukan itu sahaja! Mereka juga telah memulakan sebuah petisyen di Change.org website untuk menjadikan Nasi Lemak sebagai Makanan Kebangsaan Malaysia!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my