
D-Life
Memang menyampah, ini tips nak hadap budak office kaki jilat!
ADUH, sumpah menyampah bila hadap rakan kerja yang jenis suka kipas bos ini. Depan bos bukan main baik pijak semut tak mati. Bukan itu sahaja, bukan main dia jaja cerita yang bukan-bukan tentang kita dan jatuhkan orang lain dengan harapan dia akan dipuji sentiasa.
Korang chill je okay. Sebabnya walaupun mereka ini kaki jilat, tapi tak bermakna mereka ini tak boleh dikalahkan. Ini ada beberapa tips yang korang boleh cuba nak hadap perangan manusia yang macam ini.
Amalkan sikap pergi mampus
Bila dia ada sahaja terus semua orang akan rasa tak senang hati. Depan orang atasan nampak baik, tapi kalau dekat belakang-belakang, punyalah bossy dan mengata orang sana-sini. Apa yang korang kena buat ialah abaikan sahaja orang ini. Biarlah dia mengata sesiapa sahaja. Hanya orang dungu yang akan ada masa untuk mendengar cerita orang yang dungu. Jangan sampai sikap dia kacau cara korang bekerja. Talk less do more.
Jangan musuh, jangan rapat sangat
Orang yang macam ini biasanya akan tikam korang daripada belakang. Jadi, ada baiknya kalau korang tak terlalu rapat sangat. Cukuplah korang profesional sahaja. Jangan terlalu rapat dan jangan pula bermusuh dengan dia. Asalkan dia tak ganggu korang, cukuplah. Lebih baik korang fokus dengan kerja korang sahaja.
Be confident
Tunjukkan yang korang yakin diri dan bersikap tegaslah. Jangan biar dia pijak korang. Dia akan buat macam-macam cara untuk buat korang koyak. Jadi bila dia suruh korang buat itu atau ini, korang jangan down sangat. Buktikan dekat dia yang korang pun ada something untuk dibanggakan.
Luaskan pergaulan korang
Kalau dekat department korang tak berapa seronok. Luaskan persahabatan ke bahagian yang lain dan ciptalah kawan yang baharu. Jadi, kalau korang tak gembira, korang boleh jumpa kawan-kawan korang yang boleh membahagiakan ini. Dengan memperluaskan pergaulan, korang akan ada kawan-kawan yang akan sokong korang waktu diperlukan.
Jangan tertipu
Orang yang jenis bermuka ini memang suka menipu. Kalau tiba-tiba dia jadi baik dengan orang, itu petanda adalah tu yang dia nak suruh korang buat. Belakang korang nanti, habislah dia jaja cerita mengarut tentang korang. Jangan terpengaruh tau.
Ingatlah bahawa kalau orang jenis yang negatif, kita jangan balas balik dengan benda-benda yang negatif macam ini. Banyak bersabar tau!

Komen Terkini