Be-You-Ty

Membantu kesihatan jantung, itu lah kebaikkan tomato

Oleh  | 

SELAIN dari memberi kelebihan untuk kecantikkan kulit, buah tomato juga berkesan untuk memberikan kesihatan dalaman terhadap manusia.

Selama ni mesti banyak yang korang dengar tomato ni memberikan kebaikkan pada kulit seperti memutihkan kulit, melicinkan kulit secara semula jadi dan melembutkan kulit yang kasar.

via GIPHY

Tapi sis ada dengar dimana buah tomato ni sebenarnya mempunyai banyak juga kelebihan untuk kesihatan dalaman. Dan masih ramai lagi yang di luar sana tidak pasti akan kebaikkan buah tomato ini. Oleh sebab itu sis nak kongsikannya pada korang semua.

Demi kesihatan dalaman yang berpanjangan, korang tak perlu pun untuk makan supplement. Makan sahaja buah tomato mentah. Ini kerana buah ini mengandungi 40% kandungan vitamin C dalam badan.

Selain dari itu, buah tomato turut mengandungi vitamin A yanng mempunyai kepentingan untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tak cukup dengan itu, ia juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dengan kandungan vitamin K!

Yang paling penting sekali adalah, tomato ini dapat membantu kesihatan jantung kita dengan antioksidan yang dinamakan lycopene. Malah ia lebih berkesan berbanding suplemen lycopene!

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my