Be-You-Ty

Member cakap muka korang kusam ala zombie? Tak ada hal, baca ini!

Oleh  | 

ZAMAN sekarang ini, dah tak main nak kulit putih. Zaman ini semua orang menghargai warna kulit masing-masing. Cumanya, kita nak kulit wajah kita sentiasa bersih bebas daripada bintik hitam, jerawat, parut dan lain-lain. Supaya wajah nampak bersih dan berseri sentiasa.

Bila kulit dah semakin halus dan berseri, tak payah la kita susah-susah nak bersolak menyembunyian itu ini dekat muka. Lagipula, tak elok tau guna alat solek selalu. Lebih teruk lagi kalau korang tak bersihkan betul-betul. Habis wajah korang nampak sangat kusam ala-ala zombie.

Kulit yang sihat ialah wajah yang cerah, lembap, halus, berseri dan awet muda. Dengan iklim Malaysia yang panas dan kadangkala tak menentu. Ia semestinya memberikan kesan kepada kulit kita. Sebab itulah kita kena tahu apa nak buat agar wajah kita masih nampak berseri walau ditengah panas matahari. Gitu!

via GIPHY

Bersihkan muka

Kadangkala kita sangat sibuk nak letih sampai tak larat nak bersihkan wajah. Tapi, sebenarnya penting tau bersihkan wajah ini untuk buang segala debu,kotoran dan minyak yang melekat dekat kulit muka. Barulah wajah kita bebas daripada apa-apa kotoran.

via GIPHY

Pelembap

Ini adalah benda yang wajib ada bagi setiap manusia yang wujud atas muka bumi ini. Ya, sis tak main-main. Gunakan pelembap untuk menyelamatkan kulit korang daripada kering. Kalau korang mempunyai kulit sensitif, silalah dapatkan pelembap yang minimum fragrance dan minimum alkohol.

via GIPHY

Sunscreen

Kalau dah tahu yang iklim dekat Malaysia ini panas terik. Silalah beli sunscreen dan pakai dekat wajah. Bukan apa, kalau tak pakai, korang berisiko terkena penyakit  kanser atau kulit nampak lagi tua.

Paling tidak, dapatkan yang mempunyai SPF30. Lepas dah pakai 3-4 jam, korang kena sapu balik tau.

via GIPHY

Mudahkan tiga cara ini? Jangan tak buat pula tau sebab ini ialah perkara asas untuk memberikan pelindungan kepada kulit seterusnya menjadikan korang sellau awet muda. Gitu.

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my