DhiaLova

Member kaki tipu! Apa patut korang buat?

Oleh  | 

MENIPU pada zaman ini dah kira macam satu perkara yang biasa di amalkan. Sehinggakan setiap perkara memerlukan bukti supaya apa yang hendak disampaikan, dipercayai.

Tak kira lah dalam bentuk apa sekali pun, ramai orang yang lebih gemar untuk memilih menipu daripada jujur dalam banyak perkara.

Pernah tak terfikir kenapa? Pada sis mungkin juga sebab mereka ni malas atau tak daya untuk berdepan dengan konflik. Oleh sebab itu menipu merupakan jalan yang singkat dan mudah untuk mereka pilih.

via GIPHY

Sis kecewa dengan orang yang suka menipu ni. Cuba fikir logik sikit, korang ingat dengan menipu ini selesai segala masalah ke ? Tak dik, kalau korang pilih untuk tipu, masalah yang lain akan timbul dan lambat laun, korang tetap kena deal jugak dengan perkara yang sama!

Malah, konflik akan bertambah dan masa pun terbuang. Lagi beratlah korang nak berdepan dengan konflik tu. Ha jadi mengapa pilih untuk menipu sedangkan korang boleh selesaikan perkara dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan?

via GIPHY

Konsep menipu ni yang paling biasa menjadi mangsa tipuan adalah rakan-rakan. Jadi sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak detect kawan korang yang kaki menipu ni.

Yang pertama sekali adalah, korang perhatikan jika rakan korang tu gemar bercerita tentang masalah peribadi seseorang atau pun tidak. Kalau gemar bercerita, maka betullah dia bukan yang boleh menyimpan rahsia dan korang perhatikan juga peribadinya! Sesetengah penipu, suka mereka cerita.

Sis sarankan korang jangan mudah terpedaya dan percaya dan perhatikan terlebih dahulu.

via GIPHY

Yang kedua, korang cuba untuk memahami mengapa mereka ni suka berbohong? Menceritakan perkara yang tidak pernah berlaku atau perkara yang sebenarnya tidak pernah wujud. Kalau korang pasti mereka ni suka berbohong, apa kata cuba untuk bersemuka tentang perkara ini dan cuba dengar mengapa mereka memilih untuk berbohong dan kalau boleh fahami lah sebabnya.

Setelah korang cuba untuk bersemuka dan menunjukkan perasaan yang sebenar, kalau rakan itu kesal dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi, korang maafkan lah. Tapi kalau dia masih lagi tidak menyesal, sis cadangkan secara perlahan, jauhkan diri daripada orang sebegini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my