Inspirasi Dhia

Mempunyai IQ paling tinggi? 5 wanita yang korang kena tahu

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Sis nak tanya korang mesti kalau sebut nama Albert Einstein mesti korang terfikir bahawa dia adalah manusia yang mempunyai otak paling pandai di dunia kan?

Jangan risau, korang tahu tak pada zaman moden sekarang ni memang terbukti golongan wanita adalah lebih produktif dalam  pendidikan, pekerjaan dan mengurus kehidupan.

 Jadi hari ini, sis nak kongsikan dekat korang 5 wanita yang mempunyai IQ yang tinggi.

Edith Stern IQ 200

Korang tahu tak Edith Stern ni adalah wanita yang paling bijak dalam sejarah. Memang dari kecil, Edith memang pintar dari zaman kanak-kanak. Sebelum umurnya mencecah setahun lagi beliau sudah mampu untuk mengira dan bercakap. Bukan itu sahaja, sebelum berumur 18 tahun lagi dah ada ijazah!

Foto:img-k.okeinfo.net

Hypatia IQ 190+

Merupakan seorang wanita yang pintar dalam matematik dan terkenal dalam sejarah Theon of Alexandria. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan ahli astronomi dan ahli matematik di Mesir.

Foto:iluminasi.com

Marilyn Vos Savant IQ 190

Pernah tersenarai dalam Guiness Book of World Records kerana mempunyai IQ yang tertinggi pada tahun 1989. Beliau merupakan seorang pensyarah, pelakon layar dan juga seorang penulis yang menulis dalam majalah Parade.

Foto:iluminasi.com

Marie Curie IQ 185

Merupakan seorang ahli fizik dan ahli kimia dan bekerja sebagai dalam bidang radioaktif. Marie jga pernah memenangi anugerah Nobel pada tahun 1903 untuk Fizik dan pada tahun 1911 untuk Kimia. Bukan itu sahaja, Marie juga merupakan seorang saintis paling popular pada ketika itu.

Foto:iluminasi.com

Grace Hopper IQ 175

Beliau merupakan seorang wanita saintis komputer yang bijak dari Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, wanita ini adalah wanita pertama yang menemukan alat compiler. Grace pernah menerima 40 darjah kehormat di banyak universiti dari seluruh dunia.

Foto:iluminasi.com

Jangan lupa kongsikan artikel ni dekat kawan-kawan korang. Okay?

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my