D-Life

Menangani stress dengan 6 jenis makanan ini

Oleh  | 

Menurut pengamal perubatan am, Doktor Zubaidi Ahmad menyatakan stress merupakan satu penyakit yang sukar untuk dikesan.

MUNGKIN korang rasa yang korang sebenarnya tidak stress. Tetapi degupan jantung korang berdegup laju. Itu tandanya korang stress. Jangan pandang stress ini sebelah mata kerana ia merupakan pembunuh senyap kepada manusia.

Untuk pengetahuan korang,  stress yang berlebihan akan menganggu tekanan darah dan meningkatkan bebanan kepada jantung korang tu. Melakukan yoga dan meditasi dapat membantu mengurangkan stress dan memberi ketenangan pada korang

Bila dilanda tekanan, mula la korang akan cari makanan. Kononnya dapat mengurangkan tekanan. Secara tidak langsung mula la naik berat badan. Arghhhh!!! lagi stress!

Chill guys, ini pilihlah makanan yang menyihatkan dan menenangkan korang.

Oat dan Madu

Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak.

Apa kata, korang tambahkan sedikit serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan juga madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

Sumber: Waxing Kara

Dark Chocolate 

Coklat gelap dapat membantu merembeskan hormon yang membuatkan kita rasa senang hati dan gembira. Gandingkan dengan kacang badam  yang kaya dengan sumber protein. Jangan risau, ia tidak menggemukkan korang!

Sumber: Unsplash

Kekacang dan bijirin

Kekacang dan bijirin seperti gajus, walnut, badam dan kuaci mengandungi omega 3 yang dalam menurunkan tekanan dan menggalakkan rembesan hormon yang sangat baik.

Sumber: Unsplash

Keledek

Ha kalau teringin dengan makanan tradisional, keledek juga makanan yang terbaik dalam membantu mengawalkan stress. Jadi kalau korang mahukan manisan tanpa gula, ubi keledek adalah makanannya!

Sumber: Unsplash

Yogurt dengan buah beri

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Sumber proteinnya dapat memberi tenaga dan merembeskan hormon anti stress. Korang boleh kreatif dengan menambahkan buah-buahan manis untuk menambah rasa, sekaligus mencetus sistem imuniti badan.

Sumber: Unsplash

Teh Hijau

Teh hijau dapat membantu membuang lebihan toksik yang terkumpul dalam badan korang. Oleh sebab itu, sangat disarankan untuk mengambil teh hijau selalu agar dalaman korang bersih dari toksik yang mencetus stress!

Sumber: Unsplash

Jadi kesimpulannya, kalau korang rasa stress cari la makanan yang sis dah senaraikan ini. Korang pun kena la pandai untuk mengawal stress korang tu.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my