Serious?!

Menang anugerah Oscar, penerbit filem bakal disaman?

Oleh  | 

BOOM! Sebuah filem yang menjadi perbualan hangat di mata dunia sehinggakan memenangi anugerah Oscar, dituduh meniru sebuah filem daripada India? Pebualan ini menjadi hangat sehinggakan seorang penerbit filem daripada India mahu menyaman penerbit filem Parasite ini!

Parasite dikatakan mempunyai jalan cerita yang sama dengan filem yang dinamakan Minsara Kanna yang pernah dibintangi oleh seorang pelakon India terkenal, Vijay pada tahun 1999.

Penerbit daripada filem India yang bernama PL Thenappan yang menghasilkan filem Minsara Kanna menyatakan beliau akan menyaman Boon Joon Ho dan ia mengejutkan ramai pihak.

Foto:news24online.com

Akan tetapi, terdapat juga komen daripada netizen dunia dimana mereka menyatakan filem Parasite sebenarnya diinspirasikan oleh sebuah filem Korea yang lama iaitu ‘The Housemaid’ pada tahun 1960. Manakala Minsara Kanna pula dikatakan diadaptasikan daripada filem klasik ‘The Housemaid’

Berikutan dengan itu, Thenappan menuduh Bong Joon Ho memplagiat jalan cerita filemnya daripada Minsara Kanna sehingga berjaya memenangi anugerah Oscar. Parasite telah memperolehi Skrip Asal Terbaik di Los Angeles.

Tanggapan itu juga turut di sokong oleh beberapa pengguna media sosial menyatakan filem Parasite ini saling tak tumpah seperti Minsara Kanna.

Berikut adalah salah seorang pengguna Twitter yang menyokong tanggapan ini.

Penerbit Thennapan menyatakan beliau akan mendapatkan pampasan hasil daripada filem Parasite kerana meniru ideanya, dimana dia mengambil inspirasi daripada filem klasik Korea dan akan membalas dengan menyaman pihak Parasite.

Foto:Film.today

Tidak lama selepas Parasite memenangi anugerah oscar, peminat pelakon India yang bernama Vijay, mendakwa filem itu sama seperti filem Minsara Kanna.

Sumber:Thepatriots.asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my