Serious?!

Menangis boleh bantu korang kekal sihat tau!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy semua! Ha hari ini sis nak kongsikan dekat korang ada lagi satu tips kesihatan yang korang boleh amalkan. Jangan risau yang ni mudah je.

Sis faham ramai yang dekat luar sana tu asyik sendu je mengenangkan nasib masing-masing. Kalau nak sebut pasal kisah relationship ni memang tak habislah kan?

Bukan setakat relationship je yang dikenangkan, kenang pasal duit pun boleh sendu sis. Jadi jom sis nak ajak korang menangis sama-sama sebab dengan menangis, korang boleh kekalkan kesihatan tau!

Stress

Korang tahu tak ada kajian pada tahun 2014 yang membuktikan kalau korang stress lepas tu korang menangis, beberapa minit lepas tu korang akan rasa lebih tenang dan relaks. Sebab bila korang menangis, saraf parasympatetik atau PNS akan diaktifkan dan secara automatik, korang akan berasa tenang.

Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi ni memang bahaya atas sebab ia boleh membawa kepada banyak lagi penyakit yang lain seperti penyakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Setelah beberapa kajian dijalankan, dengan memangis dapat membantu tekanan darah bertukar kembali normal!

Toksin

Korang perasan tak kalau lepas menangis mesti korang akan merasa lebih ringan dan relaks? Ha anatara sebabnya adalah toksin yang terkumpul  dikeluarkan melalui air mata. Bukan itu sahaja, mengalirkan air mata juga turut membantu membersihkan mata kita daripada habuk yang terkumpul pada mata.

Mood

Perubahan mood juga dapat dibantu dengan menangis kerana korang akan merasa lebih tenang dan relaks kalau korang menangis. Oleh sebab itu, perubahan mood juga akan berubah menjadi lebih baik. Senang sikit nak fokus menjalani kehidupan seharian tu.

Fizikal dan emosi

Manusia yang normal bukan hanya sakit pada fizikal sahaja malah emosi juga boleh tersakiti. Kalau korang perasan, mesti pernah rasa sakit yang mengalir air mata kan? Ha sebabnya adalah untuk membantu meredakan sakit tu dan disebabkan air mata keluar dengan oxytocin dan endorfin.

 

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my